Kim Swee Mahu Gilir Pemain Harungi Perlawanan Padat Sukan SEA

Diterbitkan: Selasa, 3 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua jurulatih Harimau Muda A Datuk Ong Kim Swee bercadang menggilir-gilirkan pemainnya untuk mengharungi jadual perlawanan padat pada kejohanan Sukan SEA di Myanmar bermula Sabtu ini.

Beliau berkata ini bagi memastikan pemainnya kekal cergas kerana mereka dijangka bermain empat perlawanan pusingan awal dalam seminggu.

"Ketika ini terdapat empat atau lima pemain yang boleh bermain dalam dua kedudukan (pada satu-satu masa). Saya akan menggunakan semua pemain dalam empat perlawanan berkenaan," katanya selepas menghadiri mesyuarat pengurus pasukan bagi perlawanan persahabatan dengan kelab divisyen tiga Jepun FC Ryukyu, di sini Selasa.

Perlawanan akan berlangsung di Stadium MBPJ Rabu malam.

Kelab itu turut mempunyai dua pemain Malaysia iaitu Wan Zack Haikal Wan Nor dan Nazirul Naim Che Hashim.

Pada masa yang sama Kim Swee melahirkan rasa bimbang dengan keselamatan pemainnya sekiranya mereka mampu menewaskan tuan rumah Myanmar yang sudah tentu mempunyai ramai penyokong.

"Saya tidak pasti sama ada kita boleh keluar dengan selamat dari stadium sekiranya kita mengalahkan mereka," katanya.

Beliau berkata empat pemain tidak akan dapat beraksi di Myanmar ekoran kecederaan iaitu Wan Zack Haikal, Gary Steven Robbat, Junior Eldstal, Nik Shahrul Azim Abdul Halim dan Fandi Othman.

Senarai 20 pemain akan diperoleh selepas perlawanan menentang FC Ryukyu.

Selaku juara bertahan Malaysia akan memulakan perlawanan menentang Brunei dalam Kumpulan A pada 10 Dis, Laos (13 Dis), Singapura (15 Dis) sebelum mengakhiri perlawanan pusingan awal menentang Vietnam dua hari kemudian.

Semua perlawanan berlangsung di Stadium Zeyar Thiri di Naypyitaw. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Harimau Muda , Datuk Ong Kim Swee , Sukan SEA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan