Wakil FAM Dilarang Sertai Jawatankuasa Jika Annuar Ada

Diterbitkan: Isnin, 2 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Wakil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak dibenarkan melibatkan diri dalam Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Negara selagi Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa menganggotai jawatankuasa tersebut.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, perkara itu telah diputuskan Konfederasi Bola Sepak Asia dan dimaklumkan kepada FAM Jumaat lepas.

"Bagaimanapun jika Annuar menarik diri, maka wakil FAM boleh berada dalam jawatankuasa tersebut dan seterusnya selepas penggantungan Annuar selesai, beliau boleh masuk balik ke dalam jawatankuasa tersebut, iaitu selepas 4 Oktober 2014.

"Saya telah memaklumkan (hal ini) kepada Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negara dengan menghantar surat secara rasmi kepada mereka pada hari Jumaat juga," katanya kepada pemberita pada Taklimat Liga Malaysia 2014, di sebuah hotel di sini, Ahad.

Annuar sebelum ini menerima surat pelantikan untuk menganggotai jawatankuasa berkenaan daripada kementerian tersebut.

Bagaimanapun FAM mendakwa pelantikan tersebut tidak sah memandangkan Anggota Parlimen Ketereh itu masih menjalani tempoh penggantungan yang bermula April tahun lepas.

Annuar yang juga Timbalan Presiden badan induk bola sepak kebangsaan itu, digantung selepas didapati bersalah melanggar Artikel 88 FAM yang memperuntukkan hanya Presiden dan Setiausaha Agung FAM boleh memberikan kenyataan media berkenaan skuad bola sepak kebangsaan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: FAM , Tan Sri Annuar Musa

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan