'Saya Sentiasa Berfikiran Positif Terhadap Kritikan Dilemparkan' - Rajagobal

Diterbitkan: Isnin, 2 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal berkata beliau sentiasa berpandangan positif mengenai kritikan yang diterimanya sepanjang mengendalikan skuad berkenaan sejak 2009.

Jurulatih berusia 57 tahun itu yang bakal menamatkan tugas rasminya pada 31 Disember ini berkata, kritikan yang dilemparkan oleh sesetengah pihak terutamanya mengenai taktikal beliau di atas padang merupakan satu cara untuk beliau memantapkan pasukan bola sepak negara.

"Sebagai peminat, mereka boleh mengkritik tetapi bagi saya bukan mudah untuk mengendalikan skuad kebangsaan namun saya mengambil positif mengenai segala pandangan mereka.

"Saya akui tidak semua pemain di bawah saya dapat mengekalkan konsistensi masing-masing sepanjang masa," katanya kepada pemberita pada sidang media khas di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya di sini Isnin.

Jawatankuasa Eksekutif FAM yang bermesyuarat pada 24 November lepas memutuskan untuk tidak menyambung kontrak Rajagobal yang berakhir pada 31 Disember ini dan tugasnya diambil alih oleh pengendali sementara, Datuk Ong Kim Swee yang merupakan jurulatih Harimau Muda A (bawah 23 tahun).

Rajagobal berkata beliau masih berkeyakinan bahawa skuad Harimau Malaya mampu melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia walaupun skuad berkenaan menduduki tangga ketiga pusingan kelayakan kumpulan D ketika ini.

"Setiap kali kita beraksi di tempat sendiri atau tempat lawan, saya sentiasa meletakkan keyakinan yang tinggi kepada para pemain untuk mencatatkan kemenangan positif," katanya.

Pada masa yang sama, Rajagobal berharap Kim Swee yang bakal menggantikan tempatnya mampu melonjakkan prestasi skuad Harimau Malaya.

"Terpulang kepada beliau untuk merangka hala tuju pasukan kebangsaan selepas ini dan saya harapkan beliau dapat memberikan yang terbaik kepada pasukan negara," katanya.

Menyentuh mengenai masa depannya, Rajagobal berkata beliau ingin berehat bersama keluarga sebelum memulakan langkah baharu dalam kerjaya bola sepaknya.

"Setakat ini, saya belum menerima tawaran rasmi daripada mana-mana pasukan (dalam atau luar negara). Sudah tentunya, saya tidak boleh katakan tidak sekiranya saya menerima sebarang tawaran selepas ini," katanya yang menyatakan kesediaan untuk kembali membimbing skuad Harimau Malaya pada masa depan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Harimau Malaya , Datuk K. Rajagobal

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan