Kes Mohd Nazri, Norfarhan: FAM Beri Peluang Selesai Cara Baik Di Luar Jawatankuasa Status

Diterbitkan: Ahad, 1 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi peluang kepada pihak yang terbabit dalam kes pelanggaran kontrak melibatkan pemain pertahanan Mohd Nazri Ahmad dan pemain sayap Norfarhan Muhammad untuk berbincang dan menyelesaikan perkara itu secara baik.

Setiausaha Agung badan itu, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, jika kes itu tidak dapat diselesaikan, maka ia akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Status FAM yang dipengerusikan Datuk Takiyuddin Hassan pada 12 Disember ini.

"Jawatankuasa akan mendapatkan segala bukti untuk memudahkan proses perbincangan mereka nanti.

"Pemain yang didapati menandatangani lebih daripada satu kontrak dengan mana-mana pasukan boleh digantung daripada aktiviti bola sepak dan didenda maksimum," katanya kepada pemberita pada majlis taklimat mengenai Liga Malaysia 2014 di sini, Ahad.

Katanya, setakat ini FAM hanya menerima aduan dua kes tersebut yang melibatkan pemain Johor Darul Takzim (JDT) musim lalu Mohd Nazri yang disenaraikan dalam barisan pasukan Kelantan baru-baru ini serta pemain Kelantan musim lepas Norfarhan yang dilaporkan telah terlebih dahulu menandatangani kontrak dengan Terengganu.

Ditanya sama ada para pemain jelas dengan peraturan yang ditetapkan FAM, Hamidin berkata semua peraturan akan dimaklumkan kepada persatuan negeri atau kelab untuk disebarkan kepada pasukan mereka.

"Peraturan kita sudah jelas. Persatuan perlu beri taklimat kepada pasukan tetapi saya perlu jelaskan. (Perkara) ini merupakan satu fenomena baru dalam tempoh 10 hingga 15 tahun ini," katanya sambil menambah pemain kini cenderung untuk menandatangani kontrak dengan pasukan lain secara diam-diam. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan