Kelantan Kuasai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013

Diterbitkan: Ahad, 1 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENERIMA ANUGERAH…(dari kiri) Pemain Pertahanan Terbaik Baihakki Khaizan, Pemain Penyerang Terbaik Mohd Norfarhan, Pemain Tengah Terbaik dan penerima Anugerah Pemain Paling Berharga Mohd Badhri Radzi, Penjaga Gol Terbaik Khairul Fahmi Che Mat dan Pemain Harapan Junior Edstal bergambar bersama trofi mereka semasa Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013 di Shah Alam, Sabtu. -fotoBERNAMA
PENERIMA ANUGERAH…(dari kiri) Pemain Pertahanan Terbaik Baihakki Khaizan, Pemain Penyerang Terbaik Mohd Norfarhan, Pemain Tengah Terbaik dan penerima Anugerah Pemain Paling Berharga Mohd Badhri Radzi, Penjaga Gol Terbaik Khairul Fahmi Che Mat dan Pemain Harapan Junior Edstal bergambar bersama trofi mereka semasa Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013 di Shah Alam, Sabtu. -fotoBERNAMA

SHAH ALAM: Finalis Piala Malaysia, Kelantan berjaya membolot lima daripada 13 anugerah yang dipertandingkan pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-Astro Arena dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) 2013.

Kapten skuad 'The Red Warriors', Mohd Badhri Radzi dipilih sebagai Pemain Tengah Terbaik selain merangkul anugerah Pemain Paling Bernilai.

Sementara teman-teman sepasukannya iaitu Mohd Norfarhan Muhammad meraih anugerah Penyerang Terbaik dan Khairul Fahmi Che Mat pula anugerah Penjaga Gol Terbaik dan pasukan itu juga turut menerima anugerah Kelab Penyokong Terbaik.

Bagi Khairul Fahmi, yang juga penjaga gol kebangsaan, anugerah tersebut dimenanginya empat tahun berturut-turut sejak 2010.

Sementara itu, pemain tengah Sarawak, Junior Edstal dan pertahanan pasukan Lions XII dari Singapura, Baihakki Khaizan masing-masing dipilih selaku Pemain Harapan dan Pertahanan Terbaik.

Penyerang Angkatan Tentera Malaysia, Marlon Alex James pula mengekalkan anugerah Pemain Asing Terbaik untuk tahun kedua berturut-turut selepas memenanginya pada musim lepas.

Naib juara Liga Perdana 2013, Sime Darby FC pula mengekalkan anugerah Kelab Bola Sepak Terbaik untuk kali kedua selepas meraihnya pada 2012 manakala Terengganu menggondol anugerah Persatuan Negeri Terbaik.

Dollah Salleh yang membantu Pahang menamatkan kemarau selama 21 tahun untuk bergelar juara Piala Malaysia, musim ini pula menerima anugerah Jurulatih Terbaik. Nagor Amir Noor Mohamed dan Mohd Sabri Mat Daud masing-masing dipilih selaku Pengadil dan Penolong Pengadil Terbaik.

Pada majlis itu, FAM turut memberikan anugerah khas, sebuah trofi kepada empat bekas setiausaha agungnya bagi mengiktiraf jasa dan sumbangan mereka.

Mereka terdiri daripada Datuk Seri Paul Mony Samuel yang berkhidmat dari tahun 1980-1999; Datuk Dell Akhbar Khan (2000-2005); Datuk Seri Dr Ibrahim Saad (2005-2007) dan Datuk Azzuddin Ahmad (2007-Mei 2013) yang kini berkhidmat selaku Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF).

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan merupakan acara tahunan yang dianjurkan syarikat pengeluar minuman ringan, F&N Beverages (M) Sdn Bhd bagi mengiktiraf sumbangan pemain bola sepak dalam mengharumkan nama pasukan masing-masing dalam kancah bola sepak tempatan.

Keputusan anugerah berkenaan berdasarkan undian yang dijalankan para jurulatih dan pengurus pasukan Liga Super dan Perdana yang mengundi calon yang layak.

Turut hadir pada majlis berkenaan, Naib Presiden FAM Datuk Seri Afandi Hamzah dan Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Sementara itu, Mohd Badhri, yang lebih dikenali sebagai Piya di kalangan rakan sepasukan semasa ditemui pemberita beliau tidak menyangka terpilih sebagai pemenang kerana berpandangan terdapat calon lain yang lebih layak.

"Kemenangan berganda ini memberi semangat tambahan kepada Piya untuk menghadapi Liga Malaysia musim depan dan hadiah ini Piya tujukan untuk kedua-dua ibu dan bapa, para pemain serta pengurusan pasukan Kelantan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan