FAM Timbang Lanjut Tempoh Pendaftaran Pemain Import

Diterbitkan: Ahad, 1 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mempertimbangkan permintaan untuk melanjutkan tempoh pendaftaran pemain import daripada Rabu ini kepada 17 Disember ini, sama dengan tarikh pendaftaran pemain tempatan.

Naib Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, pihaknya kini sedang menjalankan kajian teliti berhubung permintaan itu termasuk merujuk kepada Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).

"Dalam masa terdekat kita akan maklumkan tentang ketetapan yang dimaksudkan," katanya kepada pemberita pada seminar Taklimat Liga Malaysia (Liga-M) 2014 di sini Ahad.

Seminar tiga hari itu bermula Jumaat lepas dan disertai semua pasukan yang akan bertanding dalam Liga-M termasuk persatuan negeri, kelab dan pasukan yang akan bertanding pada Piala Presiden serta Piala FAM.

Seminar bagi menerangkan perkara berkaitan pengurusan Liga-M 2014.

Berhubung penambahan kuota pemain import bagi Liga-M musim depan, Afandi berkata kesemua pasukan akur dengan ketetapan 3+1, iaitu hanya tiga pemain import dibenarkan beraksi dalam satu-satu perlawanan manakala seorang lagi pemain di bangku simpanan.

Katanya, penambahan daripada tiga kepada empat pemain import tetap mengekalkan syarat seorang daripada mereka mestilah dari Asia.

Sementara itu sebanyak 20 pasukan termasuk T-Team dan Felda United mengesahkan penyertaan dalam saingan Piala Presiden tahun hadapan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan