Malaysia Naik Dua Anak Tangga Dalam Ranking Terbaru FIFA

Diterbitkan: Jumaat, 29 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kekalahan 0-1 yang dialami skuad Harimau Malaya ketika menentang Qatar pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2015 pada 19 November lepas di Stadium Shah Alam, tidak menggugat kedudukan mereka dalam ranking bola sepak dunia.

Berdasarkan ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA), skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal sebaliknya naik dua anak tangga pada kedudukan ke-158 dunia berbanding 160 bulan lepas.

Pada Januari, skuad Harimau Malaya menduduki tangga ke-158 disusuli 159 pada Februari, 164 (Mac), 163 (April), 161 (Mei) selain kekal pada kedudukan ke-159 dunia pada Jun, Julai dan Ogos (162) selain tangga ke-161 dunia pada September.

Kedudukan terbaharu itu meletakkan pasukan kebangsaan setanding dengan beberapa pasukan lain seperti Guyana di tempat ke-150, Liechtenstein (152), Bangladesh (156), Belize (157) dan Nicaragua (160).

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia naik satu anak tangga ke kedudukan kelima di belakang Filipina (133), Myanmar (140), Thailand (142) dan Singapura (154).

Di peringkat Asia, Malaysia kekal berada pada kedudukan ke-31 daripada 46 negara.

Sementara itu, naib juara Piala Konfederasi 2013, Sepanyol terus mengekalkan status selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,507 mata walaupun tewas mengejut 0-1 kepada Afrika Selatan pada aksi persahabatan antarabangsa di tempat lawan baru-baru ini.

Jerman dan Agentina pula mengekalkan kedudukan sebagai pasukan kedua dan ketiga terbaik dunia selepas masing-masing mengumpul 1,318 mata dan 1,251 mata. Kedudukan ranking FIFA itu melibatkan 209 negara. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan