FAM Bincang Status Perlis Dalam Liga Malaysia Musim Depan

Diterbitkan: Jumaat, 29 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan membincangkan status pendaftaran Perlis bagi menyertai saingan Liga Malaysia 2014 berikutan kegagalan mereka menjelaskan tunggakan gaji kepada para pemain.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Afandi Hamzah berkata perkara berkenaan akan dibincangkan pada mesyuarat jawatankuasa itu dalam tempoh terdekat.

"Buat masa ini masih terlalu awal untuk merumuskan sebarang keputusan mengenai kedudukan Perlis dan kita akan lihat surat yang telah dikemukakan oleh Perlis kepada kita (baru-baru ini)," katanya ketika ditemui pemberita pada taklimat Liga Malaysia 2014 di sini Jumaat.

Media semalam melaporkan dakwaan seorang pemain Perlis mengenai kegagalan pihak pengurusan pasukan itu menjelaskan tunggakan gajinya selama enam bulan sejak Jun lepas yang dianggarkan berjumlah RM305,000.

Pemain berkenaan dilaporkan sebagai berkata beliau sudah menghantar surat kepada badan induk bola sepak kebangsaan itu bagi membantu mengatasi masalah berkenaan namun tidak mendapat maklum balas.

Sementara itu Afandi yang juga Naib Presiden FAM berkata pihaknya masih menunggu jawapan balas daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengenai kedudukan Tan Sri Annuar Musa yang dilantik menganggotai Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara.

Pelantikan Annuar dalam jawatankuasa berkenaan sebelum ini dikatakan tidak 'direstui' oleh FAM memandangkan penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan itu masih menjalani tempoh penggantungan sejak 4 April 2012 selepas didapati bersalah melanggar Artikel 88 FAM iaitu mengeluarkan kenyataan yang berunsur negatif terhadap skuad bola sepak kebangsaan.

"Setakat yang saya tahu, pihak Sekretariat (FAM) masih belum menerima apa-apa (jawapan bertulis) daripada AFC dan saya perlu mendapatkan pengesahan daripada Setiausaha Agung FAM (Datuk Hamidin Mohd Amin).

"Kita telah mengutus surat kepada AFC untuk bertanyakan perkara ini selepas selesai mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (FAM) baru-baru ini," kata Afandi. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan