Liga Juara-Juara: Rooney Bantu Empat Jaringan Untuk Bawa Man Utd Ke Pusingan Kalah Mati

Diterbitkan: Khamis, 28 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rooney dan Giggs membantu dalam lima jaringan gol untuk United dengan persembahan yang cemerlang.
Rooney dan Giggs membantu dalam lima jaringan gol untuk United dengan persembahan yang cemerlang.

RYAN Giggs menyertai perlawanan dalam Liga Juara-Juara dua hari selepas menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-40 dan menamatkannya dengan cemerlang dengan membantu ke arah menyumbang jaringan kelima buat Manchester United untuk menumpaskan Bayer Leverkusen 5-0 dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah malam tadi.

Tetapi kisah di sebalik kemenangan besar United itu sebenarnya ditentukan oleh Wayne Rooney yang bertindak menyumbang hantaran untuk empat daripada lima gol tersebut.

Apa yang boleh pengurus David Moyes dan pasukannya lakukan tanpa mereka pada musim ini? Ia menjadi tanda tanya di kalangan kita semua.

Ia bagaikan seperti semalam kita menantikan Rooney muncul sebagai pemain gantian semasa pembukaan United dalam perlawanan musim Liga Perdana Barclays di Stadium Liberty Swansea.

Mengimbas semula pada akhir musim panas Ogos lepas yang begitu mencabar buat pemain yang berusia 28 tahun itu, adalah sukar untuk meneka bagaimana tindak balas para penyokong kepadanya, malah dirinya buat mereka setelah dia tidak lagi menjadi pilihan utama bekas pengurus United, Sir Alex Ferguson.

Akhirnya, sudah tentu, ia berlaku tanpa sebarang pergolakan. Para penyokong United menyedari betapa banyak mereka memerlukan Rooney. Di BayArena, sekali lagi mereka memberi penghargaan terima kasih untuk anak kelahiran Liverpool ini yang menjadi pilihan mereka.

Pada awalnya, United bukan sebagai satu pasukan yang bergantung kepada seorang pemain, jauh sekali. Bagaimanapun, mereka memang bergantung kepada Rooney. Semuanya untuk mencapai satu matlamat, iaitu untuk menang.

Moyes secara peribadi berkata bahawa beliau tidak mampu untuk menggugurkan pemain itu pada masa ini dan tentunya mudah untuk memikirkan kenapa beliau berkata demikian.

United sebenarnya melalui sedikit kerumitan selama 20 minit untuk memperoleh kemenangan di sini dan memastikan mereka layak untuk ke peringkat seterusnya.

Rooney terlibat dalam empat jaringan pertama, walaupun beliau tidak menjaringankan sebarang gol dalam perlawanan malam tadi.

Walaupun begitu Rooney tetap dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan tanpa sangsi lagi.

Apabila Giggs bermain dan membantu menhantar bola kepada Nani untuk jaringan kelima, Rooney duduk di kalangan pemain ganti.

Para penyokong berasa cemas dan kemudiannya hanya melihat pasukan mereka membuat lima jaringan ‘away from home’ dalam Liga Juara-Juara buat pertama kali sejak kemenangan 6-2 di Brondby pada musim kejuaraan 'Treble' 1998-99.

Terdapat kemungkinan untuk pasukan ini tidak menjadi juara 'Treble' musim ini. Bagaimanapun, musim ini akan terus membawa peningkatan yang stabil dan Moyes kini akan melihat ke hadapan untuk musim sejuk perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris dan yakin pasukannya mempunyai sesuatu untuk dimajukan.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan