Bekas Pemain Barcelona & Real Madrid Luis Enrique Disebut Bakal Pengurus Baru Tottenham

Diterbitkan: Khamis, 28 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEKAS jurulatih dan pengurus AS Roma, Luis Enrique kini disebut-sebut sebagai calon untuk mengantikan Andre Villas-Boas (AVB) sebagai pengurus Tottenham Hotspurs, demikian menurut laporan eksklusif portal berita United Kingdom (UK) The Mail Online pada Khamis.

Enrique, yang kini bersama kelab Sepanyol, Celta Vigo, pernah berkhidmat di bawah Pengarah Bolasepak Spurs, Franco Baldini ketika di AS Roma.

Bekas jurulatih Barcelona B itu pernah suatu ketika dahulu dilihat sebagai calon pengurus masa depan kelab berkenaan tetapi dia memilih untuk berpindah ke Roma.

Sepanjang kariernya, Enrique bermain untuk Barcelona dan juga Real Madrid. Dia juga adalah bekas pemain Sepanyol.

Pihak Lembaga Pengarah Spurs kini melihat Enrique sebagai seorang yang mampu membawa falsafah dan budaya permainan menarik Barcelona ke kelab Utara London itu.

Enrique, 43, menghabiskan tempoh tiga tahun melatih pasukan Barcelona B sebelum menarima tawaran Baldini untuk ke Roma.

Roma menduduki tangga keenam liga Itali musim lalu tetapi kemudiannya dipecat sebaik sahaja Baldini meninggalkan Roma untuk berhijrah ke Spurs.

AVB kini menjadi bahan kritikan selepas pasukannya dimalukan oleh Manchester City Ahad lalu apabila tewas 0-6.

Dia dikatakan terlalu menggunakan pendekatan berhati-hati dan banyak bertahan daripada permainan pantas dan menyerang.

Sementara itu Pengurus Swansea, Michael Laudrup turut disebut-sebut sebagai seorang lagi calon untuk mengantikan AVB.

Pemegang saham utama Tottenham, Joe Lewis dan Daniel Levy kini dikatakan hanya menunggu dua perlawanan sahaja lagi sebelum membuat keputusan mengenai masa depan AVB.

Perlawanan paling getir ialah Ahad ini menentang juara bertahan Manchester United.

Tewas ditangan United bermakna, AVB boleh membilang hari menunggu menerima surat pemecatannya.

Kelab itu kini berada di tangga kesembilan liga selepas mengharungi 12 perlawanan dan berbelanja sehingga £107 juta musim ini membeli tujuh pemain baru selepas memperolehi pendapatan lumayan hasil penjualan Gareth Bale kepada Real Madrid pada harga £85 juta.

Jualan itu adalah rekod dunia baru untuk perpindahan pemain bolasepak profesional.

Kali terakhir Spurs menjadi juara liga Inggeris ialah pada tahun 1961.

Tags / Kata Kunci: Barcelona , Real Madrid , Luis Enrique

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan