Jacob Harap Tiada Pemain Cedera Sebelum Ke Myanmar

Diterbitkan: Rabu, 27 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua jurulatih bola sepak wanita negara, Jacob Joseph berharap tidak ada mana-mana pemainnya yang cedera menjelang Sukan Sea di Myanmar, Disember ini.

Jacob berkata, perkara yang membuatkan dia paling takuti sebelum bertandang ke Myanmar adalah kecederaan memandangkan pemain-pemain utama ini sukar untuk diganti.

"Hanya mereka yang terbaik setakat ini. Bagaimanapun persiapan untuk ke Sukan Sea kali ini berjalan lancar.

"Kami telah menjalani persiapan sejak tahun lalu dan saya rasakan pemain-pemain juga sudah bersedia untuk beraksi kali ini," jelasnya kepada mStar Online.

Menurut Jacob yang telah membawa pasukan kebangsaan sejak 2001 mengakui kekurangan yang memang selalu dihadapi oleh skuad bola sepak wanita ini.

"Masalah utama pasukan wanita adalah kekurangan pemain dan ianya amat terhad. Kita sedia maklum perkara ini sejak dahulu lagi dan ia jauh berbeza dari negara lain.

"Keduanya kita kekurangan perlawanan persahabatan berbeza dengan pasukan lelaki. Sebaik manapun pasukan itu, namun sekiranya kurang bermain, ia tetap sukar untuk mengukur kemampuan sebenar.

"Pun begitu kita sempat mengadakan perlawanan persahabatan dengan Laos, Singapura dan juga Thailand.

"Apa yang saya nampak, prestasi pemain-pemain jauh berbeza dengan persembahan tiga empat tahun dulu.

"Mungkin dulu kita menjadi pasukan belasahan, namun sekarang kita mampu bersaing merapatkan jurang dalam setiap perlawanan yang kita sertai," katanya.

Bekas pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada tahun 80-an ini mahu anak buahnya menggunakan peluang ini sebaik-baiknya selepas skuad kebangsaan wanita digantung oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) gara-gara aksi buruk pada Sukan Sea di Laos 2009.

Skuad ini kembali diberi peluang sejak tahun lalu sekaligus mengesahkan penyertaan ke Sukan Sea tahun ini.

"Buktikan bahawa kita bukan lagi seperti dahulu. Secara peribadinya saya berharap mereka mampu beraksi hingga ke peringkat separuh akhir.

"Walaupun peringkat kumpulan kita bakal bertemu dengan Thailand tetapi itu tidak menggentarkan pemain-pemain kerana sudah beberapa kali bermain dengan mereka," ujarnya.

Malaysia disenaraikan dalam Kumpulan B bersama Thailand, Laos dan Timor Leste manakala Kumpulan A terdiri daripada juara bertahan Vietnam, Myanmar, Filipina dan Indonesia.

Skuad negara dijadual menentang Laos pada 12 Dis sebelum bertemu Thailand (14 Dis) dan Timor Leste (16 Dis).

Senarai pemain:

Asma Junaidi, Nur Izwani Azman, Roszaini Bakar, Eslilah Esar, Malini Nordin, Shasha Md Hairol Nizam, Shereilynn Elly Pius, Dadree Rofinus, Haindee Mosroh, Angela Anak Kais (kapten), Sihaya Ajad, Masturah Majid.

Norhanisa Yahya, Pedrolia Martin Sikayuu, Zaryatie Zakaria, Zaffeka Zakaria, Lovelytha Jelus, Jaciah Jumilis, Norsuriani Mazli, Marcella Ramli , Syaidatul Edora , Nur Aqilah Amran, Marlia Basri, Equinna Julius, Karisma Lawarin, Norhidaya Suhairin, Linda Semudin.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan