Ben 10 Akui Sukar Raih Gelaran Penyerang Terbaik

Diterbitkan: Rabu, 27 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mohd Norfarhan Mohamad. Foto SAZUKI EMBONG/THE STAR
Mohd Norfarhan Mohamad. Foto SAZUKI EMBONG/THE STAR

PETALING JAYA: Mohd Norfarhan Mohamad yang bakal menyarung jersi Terengganu pada saingan Liga Malaysia musim depan mengakui teruja apabila turut tersenarai dalam kategori Penyerang Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013 yang akan berlangsung Sabtu ini.

Norfarhan atau turut dikenali sebagai 'Ben 10' antara penyerang penting skuad Kelantan musim ini, bakal meninggalkan The Red Warriors berpindah ke negeri kelahirannya bagi musim baharu nanti.

Kelibatnya bersama skuad Kelantan tidak boleh dinafikan kerana dia antara pemain yang banyak membantu skuad itu dalam persaingan Liga-M dengan membantu menjuarai Piala FA serta naib juara Piala Malaysia tahun ini.

"Saya akui saingan dalam kategori ini amat sengit dengan nama-nama besar dalam liga Malaysia. Sebelum ini saya pernah disenaraipendek namun bukan rezeki saya untuk menang.

"Walaupun tidak menaruh harapan tinggi untuk menang, sekurang-kurangnya apabila nama sudah berada di situ, itu bermakna persembahan saya ada orang yang menilainya, " jelasnya kepada mStar Online.

Turut tersenarai dalam kategori Penyerang Terbaik bersama Norfarhan ialah pemenang tiga kali Pemain Paling Bernilai (MVP) Norshahrul Idlan Talaha (Johor Darul Takzim FC), Mohd Azamuddin Akil (Pahang) dan Hairuddin Omar (ATM).

Senarai penuh pencalonan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013:

Kategori: Penjaga Gol Terbaik

Izwan Mahbub - Lions XII FC

Norazlan Razali - Selangor

Khairul Fahmi Che Mat - Kelantan

Mohd Khairul Azhan Khalid - Pahang

Mohd Faizal Harun - ATM

Mohd Farizal Marlias - Perak

Kategori: Pertahanan Terbaik

Baihakki Khaizan - Lions XII FC

Mahalli Jasuli - Selangor

Azizi Mat Rose - Kelantan

Razman Roslan - Pahang

Jalaluddin Jaafar - Pahang

Amiridzwan Taj Tajudin - ATM

Kategori: Pemain Tengah Terbaik

Nurul Azwan Roya - Johor Darul Takzim FC

Mohd Badhri Radzi - Kelantan

R.Gopinathan - Pahang

Amirul Hadi Zainal - Pahang

Christie Jayaseelan - ATM

Joseph Kallang Tie - Sarawak

Kategori: Penyerang Terbaik

Shahril Ishak - Lions XII FC

Mohd Amri Yahyah - Selangor

Norshahrul Idlan Talaha - Johor Darul Takzim FC

Mohd Norfarhan Mohd - Kelantan

Mohd Azamuddin Akil - Pahang

Hairuddin Omar - ATM

Kategori: Pemain Harapan Terbaik

Nik Shahrul Abdul Halim - Kelantan

S.Sivanesan - Negeri Sembilan

Junior Edstal - Sarawak

Mohd Nasir Basharudin - Perak

Nazmi Faiz Mansor - Selangor PKNS FC

K.Reuben - ATM

Kategori: Ketua Juruatih Terbaik

V.Sundramoorthy - Lions XII FC

Bojan Hodak - Kelantan

Dollah Salleh - Pahang

B.Sathianathan - ATM

Robert Alberts - Sarawak

Ismail Zakaria - KL Sime Darby FC

Kategori: Pemain Asing Terbaik

Obinna Nwaneri - Kelantan

Dickson Nwakaene - Kelantan

Mathia Ruben Conti - Pahang

Marlon Alex James - ATM

Patrick Ronaldinho Wleh - Selangor PKNS FC

Karlo Primorac - KL Sime Darby FC

Manakala kategori Most Valuable Player (MVP) akan ditentukan melalui undian tertinggi daripada 6 Kategori yang telah dinyatakan di atas.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan