Annuar Serah Kepada FAM Soal Pelantikan Dalam Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Negara

Diterbitkan: Rabu, 27 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Annuar Musa (tengah) hadir pada sidang media bagi memperkenalkan pemain-pemain The Red Warriors (TRW 2014 ) yang akan beraksi pada saingan Liga Malaysia dan Piala AFC 2014.
Annuar Musa (tengah) hadir pada sidang media bagi memperkenalkan pemain-pemain The Red Warriors (TRW 2014 ) yang akan beraksi pada saingan Liga Malaysia dan Piala AFC 2014.

KUALA LUMPUR: Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa menyerahkan soal perlantikan beliau selaku anggota Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

"Saya tunggu reaksi selanjutnya daripada FAM. Kalau mereka kata saya tidak boleh terlibat kerana saya berada di situ (jawatankuasa), maka saya akan keluar.

"Saya percaya pelantikan itu sah tetapi FAM mungkin mempunyai pandangan yang berbeza memandangkan saya masih dalam tempoh penggantungan," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengumumkan senarai pemain skuad Kelantan untuk musim 2014 di Bangunan Mara, di sini Selasa.

Annuar yang masih menjalani tempoh penggantungan selama 30 bulan oleh FAM sebelum ini menerima surat pelantikan untuk mengganggotai jawatankuasa berkenaan daripada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Badan induk bola sepak kebangsaan itu bagaimanapun mendakwa pelantikan Annuar tidak sah memandangkan beliau masih menjalani tempoh penggantungan yang bermula sejak 4 April lepas selepas didapati bersalah melanggar Artikel 88 FAM.

Artikel berkenaan memperuntukkan hanya Presiden dan Setiausaha Agung FAM boleh memberikan kenyataan media berkenaan skuad bola sepak kebangsaan.

Annuar yang merupakan Anggota Parlimen Ketereh berkata beliau bersedia menyumbang buah fikirannya mengenai kaedah terbaik membangunkan bola sepak negara.

"Sebagai Ahli Parlimen, kita ada jawatankuasa yang dipanggil kluster (khusus) yang bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan.

"Saya boleh gerakkan kluster itu untuk menyalurkan idea-idea kepada menteri (Khairy) dan beliau boleh bawa idea itu kepada Jawatankuasa (Program Pembangunan Bola Sepak Negara) tanpa perlu saya duduk di situ," katanya.

Annuar berkata selain beliau, turut mengganggotai kluster KBS di peringkat parlimen ialah Anggota Parlimen Jerlun Datuk Othman Aziz. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan