Annuar Dakwa Kontrak Mohd Nazri Bersama Kelantan Sah - Bola Sepak | mStar

Annuar Dakwa Kontrak Mohd Nazri Bersama Kelantan Sah

Diterbitkan: Rabu, 27 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa mendakwa status seseorang pemain bersama pasukan lain hanya sah selepas pemain berkenaan menandatangani kontrak yang lengkap selain menurunkan tandatangan di setiap muka surat bersama pasukan yang ingin diwakilinya.

Mengambil contoh Kafa, Annuar berkata pihaknya sudah mengalami perkara berkenaan sebanyak beberapa kali dan peraturan berkenaan adalah jelas.

"MoU (Memorandum Persefahaman) atas menurun tandatangan atas sehelai kertas tidak diterima pakai... yang terpenting akhirnya pemain itu sendiri berhak memilih dengan pasukan mana mereka memilih untuk beraksi.

"Dalam kes ini amatlah jelas (Mohd) Nazri Ahmad, (Mohd) Nazrin Nawi, Norfarhan (Muhammad), Hai-O (Hairuddin Omar) dan lain-lain akan beraksi dengan pasukan pilihan masing masing," katanya menerusi laman facebook beliau, Rabu.

Annuar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor Datuk Abdul Mokhtar Ahmad yang disiarkan media pada Rabu, dengan mendakwa bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Mohd Nazri Ahmad sudah menandatangani kontrak selama dua tahun untuk menyertai skuad Gergasi Merah bermula musim depan.

Mohd Nazri yang beraksi di posisi pertahanan merupakan antara lapan pemain baharu Kelantan yang diperkenalkan Annuar pada satu majlis pengenalan skuad The Red Warriors, pada Selasa untuk menghadapi saingan Liga Malaysia 2014.

Penyerang JDT, Mohd Safee Sali sebelum ini dilaporkan menarik balik semula keputusannya untuk menyertai Selangor, musim depan walaupun dikatakan sudah mendapat bayaran pendahuluan daripada FAS.

Insiden itu bagaimanapun dikatakan selesai memandangkan pengurusan JDT bersetuju untuk membuat bayaran pampasan kepada FAS. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan