Kami Hanya Ingin Fokus - Ferdinand

Diterbitkan: Selasa, 26 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rio Ferdinand
Rio Ferdinand

PEMAIN pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand menegaskan bahawa pasukannya masih lagi berjuang untuk merebut kedudukan teratas liga.

Namun Ferdinand berkata, buat masa sekarang pasukannya perlu memberi fokus kepada perlawanan Liga Juara-Juara bertemu Bayer Leverkusen pada aksi awal pagi Khamis ini dan mengetepikan segala gangguan.

"Tidak ada yang mustahil dan tiada masalah dalam apa jua yang dilihat pada kedudukan liga sekarang.

"Kami akan memberi persembahan yang terbaik dan meneruskan aksi dengan mengutip mata, meningkatkan momentum permainan dan cuba mengubah kedudukan," jelasnya.

United berpeluang untuk mengutip mata ketika berkunjung ke Jerman nanti selepas mencatat kemenangan 4-2 pada aksi pertama sebelum ini.

"Kamu mahu menamatkan perlawanan ini dengan mudah dan kembali memberi perhatian kepada aksi liga sekalgus tidak ada apa yang mengganggu kami," tambahnya.

Sementara itu, pengurus pasukan David Moyes berharap dua pemainnya. Robin van Persie dan Nemanja Vidic boleh beraksi pada aksi Khamis nanti.

Van persie terlepas beraksi ketika aksi seri dengan Cardiff City pada Isnin, manakala Vidic direhatkan sejak pasukannya itu menang 1-0 ke Atas Arsenal minggu lalu.

"Robin mengalami kecederaan 'groin', manakala jari kakinya bertambah baik.

"Kami harap mereka berdua dapat kembali beraksi secepat mungkin," katanya.

Moyes juga turut menunggu keputusan perubatan pasukannya mengenai tahap kecergasan Phil Jones dan Shinji Kagawa yang mengalami kecederaan.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan