Venue Piala Sumbangsih 2014 Ditukar Ke Stadium Darul Makmur

Diterbitkan: Isnin, 25 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perlawanan pembuka tirai saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2014 iaitu Piala Sumbangsih 2014 antara Pahang dan Lions XII dari Singapura pada 14 Januari depan akan diadakan di Stadium Darul Makmur, Kuantan dan bukan di Stadium Shah Alam seperti dijadualkan sebelum ini.

Ini berikutan keputusan Majlis Bandaraya Shah Alam menutup Stadium Shah Alam selama tiga bulan mulai pertengahan bulan ini untuk kerja naik taraf dan penyelenggaran dengan anggaran kos RM4 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Afandi Hamzah berkata pihaknya telah menerima surat daripada pengurusan Stadium Shah Alam berhubung penutupan itu.

Piala Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah melibatkan juara Piala Malaysia musim ini, Pahang dan juara Liga Super, Lions XII.

"Perlawanan ini akan dikira sebagai perlawanan pertama Liga Super dan pemenang akan meraih tiga mata," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya, dekat sini, Ahad.

Dalam pada itu, Afandi, yang juga Naib Presiden FAM, berkata mesyuarat itu juga bersetuju untuk menambah satu kuota pemain import asing bagi pasukan Liga Malaysia musim baru ini, menjadikan jumlah empat pemain import termasuk satu dari benua Asia.

"Walaupun kesemua pasukan dibenarkan mendaftar empat pemain ini, namun mereka hanya dibenarkan menurunkan tiga pemain import dalam sesebuah perlawanan," katanya.

Afandi berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk memanjangkan tempoh pendaftaran pemain asing pada 4 Dis ini serta pemain tempatan pada 17 Dis bagi memastikan setiap pasukan dapat mencari pemain yang benar-benar berkualiti.

"Pemain asing yang diambil oleh sesebuah pasukan bagaimanapun masih tertakluk dengan peraturan yang telah kita tetapkan...kualiti pemain (import) sentiasa diberikan penekanan oleh FAM.

"Sebagai contoh dari negara Asia, pemain berkenaan haruslah merupakan pemain kebangsaan negara atau pernah beraksi dalam liga utama negara masing-masing," kata Afandi.

Beliau turut memaklumkan taklimat Liga Malaysia 2014 akan diadakan serentak dengan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013 di sebuah hotel di Shah Alam pada 30 November ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan