Pengurus Spurs Mohon Maaf Pada Peminat Selepas Dimalukan Man City

Diterbitkan: Isnin, 25 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Andre Villas Boas. Foto AFP
Andre Villas Boas. Foto AFP

PENGURUS Tottenham Hotspurs, Andre Villas-Boas (AVB) memohon maaf secara terbuka kepada semua peminat dan penyokong kelab tersebut selepas pasukan mereka dimalukan dan dibelasah 6-0 oleh Manchester City dalam perlawanan liga malam Ahad.

"Kita patut berasa malu dengan diri kita sendiri..." ujarnya dalam wajah yang sugul selepas permainan yang berat sebelah itu.

Sebelum perlawanan yang memalukan itu, Spurs adalah pasukan dengan rekod pertahanan yang paling baik musim ini dalam Liga Perdana Inggeris tetapi segala-galanya musnah dalam tempoh 90 minit.

Malah mereka melepaskan gol pertama seawal 14 saat perlawanan bermula dan selepas itu segala-galanya seperti tidak kena dengan keseluruhan taktik dan permainan mereka.

Kali terakhir Spurs mengalami kekalahan besar ialah pada tahun 1996 apabila mereka tewas 1-7 di tangan Newcastle United.

Dan bagi Pengurus City, Manuel Pellegrini pula kemenangan ini adalah kejayaan terbesarnya setakat ini. Dia menurunkan kesebelasan utama tanpa seorang pun pemain berbangsa British. Kesemuanya adalah pemain import khususnya dari Sepanyol, Afrika dan Latin Amerika.

Sementara itu AVB menambah yang kekalahan besar mereka itu sememangnya sukar untuk dijelaskan.

"Rentak permainan kami terjejas pada saat mereka menjaringkan gol seawal 14 saat perlawanan bermula dan hilang kawalan terus sepanjang 90 minit," jelas AVB.

Gol tersebut dijaringkan oleh Jesus Navas, pemain sayap antarabangsa Sepanyol, yang diturunkan buat pertama kalinya dalam kesebelasan utama musim ini. Sebelum ini dia hanya dijadikan pemain gantian.

Navas kemudiannya menjaringkan gol keduanya pada minit ke-90. Sebelum itu, City memperolehi gol menerusi penyerang Argentina, Kun Aguero yang juga menantu Diego Maradona dan kemudiannya seorang lagi pemain antarabangsa Sepanyol, Negredo.

Spurs walaupun menurunkan pemain termahal mereka musim ini iaitu penyerang muda Argentina, Eric Lamela masih tidak dapat menembusi gawang City. Sebaliknya penjaga gol Perancis mereka, Hugo Lloris yang bermain cemerlang dalam perlawanan play-off Piala Dunia minggu lalu melepaskan enam gol.

Ini adalah persembahan terburuk Lloris dalam sejarah karier profesionalnya manakala City tidak melepaskan walau satu gol pun tanpa menurunkan penjaga gol antarabangsa England, Joe Hart yang kini menjadi pilihan kedua kelab berkenaan.

MAN CITY: Pantilimon 6; Zabaleta 7, Demichelis 6, Nastasic 6 (Lecsott 45mins 6), Clichy 6; Toure 7, Fernandhino 7; Navas 7, Negredo 8, Nasri 8 (Milner 77mins 6); Aguero 8 (Garcia 69mins 6).

SIMPANAN: Hart, Richards, Dzeko, Guidetti.

GOL: Navas, 1, 90; Aguero 41, 51; Sandro (gol sendiri) 34; Negredo 56.

SPURS: Lloris 4; Walker 5, Dawson 5, Kaboul 5, Vertonghen 5; Sandro 4; Lennon 5, Holtby 4 (Adebayor 45mins 5), Paulinho 5 (Dembele 60mins 6), Lamela 4; Soldado 4 (Sigurdsson, 61mins 5) .

SIMPANAN: Friedel, Chiriches, Townsend, Defoe.

JUMLAH PENONTON: 47,228.

STADIUM: Stadium Olimpik Manchester.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan