Annuar Sanggup Berundur Demi FAM

Diterbitkan: Isnin, 25 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Annuar Musa
Annuar Musa

KUALA LUMPUR: Tan Sri Annuar Musa menjelaskan bahawa beliau akan berundur sekiranya perlantikan beliau sebagai ahli Jawantankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara tidak boleh diterima oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Annuar dilantik menganggotai Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara oleh Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin pada Rabu lalu, namun timbul isu mengenai statusnya.

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu sebelum ini belum pasti mengenai status perlantikan tersebut kerana beliau digantung selama 30 bulan dan dilarang daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM selepas didapati bersalah mengeluarkan kenyataan akhbar berbaur negatif mengenai skuad bola sepak kebangsaan yang melanggar Artikel 88, Statut FAM pada 12 Februari lepas.

"Pertama, saya masih lagi Timbalan Presiden FAM, saya hanya digantung dan bukannya dibuang.

"Jadi apabila menteri membuat perlantikan, pandangan saya yang pertama adalah budi bicara perlantikan ini tidak ada kena mengena dengan penggantungan saya.

"Kemudian saya bersetuju untuk menghadiri mesyuarat ini untuk membuat penegasan dan pendirian saya.

"Tidak ada mana-mana individu harus dianggap lebih penting daripada organisasi. Saya terlibat dengan bola sepak bukan sebab dipilih, tetapi adalah sebab minat saya sendiri," jelasnya kepada media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara, di Majlis Sukan Negara (MSN), Isnin.

Annuar berkata, Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak adalah sesuatu yang penting dan perlu serius sekiranya mahukan ia berlaku.

"Dalam konteks pembangunan bola sepak negara, antara kerajaan dan persatuan tidak boleh dipisahkan atau tidak bekerjasama kalau benar-benar mahukan kemajuan.

"Seandainya perlantikan ini menyebabkan FAM tidak mahu bekerjasama dengan jawatankuasa, saya memberitahu bahawa akan berundur diri secara sukarela kerana saya hanya individu, dan ia tidak penting.

"Saya sanggup berundur kerana bukan bermakna saya tidak boleh memberi sumbangan, malah saya akan terus memberi seperti biasa.

"Dalam hal ini, menteri perlu diberi sokongan oleh semua ataupun mereka yang berkepentingan dengan pembangunan bola sepak," jelasnya panjang lebar.

Dalam pada itu Annuar berharap, FAM tidak terlalu sensitif sehingga perkara di luar skop turut diambil kira.

"Saya harap ketepikan soal peribadi kerana saya tidak ada masalah pribadi dengan mana-mana pihak.

"Bagi saya program ini lebih penting dan FAM perlu ada bersama kerajaan bagi memastikan program ini terbentuk.

"Ia satu program yang amat penting walaupun masih lagi diperingkat draf," katanya.

Namun Annuar menambah bahawa setakat ini FAM tidak pernah menyatakan tidak mahu mengambil sebarang bahagian dalam program ini.

"Mereka cuma nyatakan mahu merujuk perkara ini kepada pihak lain dahulu bagi memastikan status saya.

"Itu perkara yang baik bagi saya kerana mereka tidak berani nak buat penegasan dan saya harap FAM boleh bersikap terbuka," tambahnya.

Sebelum ini FAM menjelaskan pihaknya akan merujuk kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengenai status perlantikan Annuar ini.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan