Tragedi Kematian Sambutan Algeria Ke Piala Dunia 2014

Diterbitkan: Jumaat, 22 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Seluruh penduduk Algeria meraikan kejayaan pasukan negara mereka yang mara ke Piala Dunia 2014 di Brazil.
Seluruh penduduk Algeria meraikan kejayaan pasukan negara mereka yang mara ke Piala Dunia 2014 di Brazil.

KEJAYAAN pasukan Algeria mara ke aksi Piala Dunia 2014 berakhir dengan tragedi apabila seramai orang meninggal dunia, manakala 240 lagi tercedera, jelas pihak berkuasa.

Menurut kenyataan daripada pihak berkuasa, seramai lima orang penyokong yang sedang meraikan kejayaan tersebut terbunuh selepas van yang mereka naiki tergelincir di bandar Bejaia, di sebelah timur Algeria, manakala empat lagi terbunuh di bandar selatan Algeria kerana kemalangan.

Manakala tiga orang lagi yang meninggal dunia berlaku di bandar berlainan dan tidak dijelaskan sebabnya.

Beberapa tempat di bahagian Utara mengalami hujan lebat sekaligus menjadikan keadaan jalanraya licin dan berbahaya.

Seluruh bandar di Algeria meraikan kejayaan di jalan-jalan besar sebaik sahaja Algeria disahkan berjaya ke Brazil dengan menewaskan Burkina Faso 1-0 pada aksi play-off Selasa lalu.

Kejayaan ini merupakan kali keempat Algeria mara ke Piala Dunia termasuk 2010 di Afrika Selatan.

Perdana Menteri, Abdelmalek Sellal dan kakitangan kerajaan turut meraikan kejayaan ini bersama pasukan pada Rabu.

Bagaimanapun, presiden Abdelaziz Bouteflika tidak hadir kerana mengalami masalah kesihatan sejak April lalu.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan