Uruguay Pasukan Terakhir Layak Ke Piala Dunia

Diterbitkan: Khamis, 21 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYERANG sensasi Liverpool, Luis Suarez memastikan pasukan kebangsaannya, Uruguay menjadi pasukan yang terakhir atau yang ke-32 untuk layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2014 yang akan berlangsung di Brazil apabila seri 0-0 dengan wakil Asia, Jordan dalam perlawanan malam Rabu.

Uruguay sebelum ini telah menang 5-0 dalam perlawanan play-off pusingan pertama minggu lalu.

Uruguay menduduki tempat keempat pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan dan pernah menang kejuaraan ini dua kali.

Kini kesemua 32 pasukan yang layak akan menunggu dengan penuh debar undian menentukan kumpulan yang akan berlangsung pada 6 Disember depan.

Kejayaan Uruguay itu bagaimanapun mencetuskan keresahan buat Suarez kerana kini dia hanya mempunyai beberapa jam sahaja lagi untuk kembali semula ke Liverpool sebagai persediaan berhadapan dengan perlawanan penting menentang jiran mereka Everton Sabtu ini.

Malah pemilik Liverpool, John W Henry telah menyediakan jet peribadinya khusus untuk membawa Suarez kembali dengan segera ke Liverpool dari Montevideo.

Perjalanan dari Montevideo ke Liverpool mengambil masa lebih kurang 16 jam.

Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers berharap dia akan dapat menurunkan Suarez memandangkan penyerang itu kini telah menjaringkan lapan gol dari enam perlawanan yang disertainya setakat ini.

Tags / Kata Kunci: Piala Dunia 2014 , Uruguay , Luis Suarez

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan