Harimau Muda A Ke Johor Bagi Sesi Motivasi Sebelum Ke Myanmar

Diterbitkan: Rabu, 20 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Skuad Harimau Muda A (bawah 23 tahun) akan menghadiri sesi motivasi selama empat hari bermula 27 Nov ini di Johor Baharu, Johor sebelum ke Myanmar untuk misi mempertahan pingat emas acara bola sepak Sukan Sea.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata sepanjang berada di sana, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu bakal menjalani sesi kaunseling bersama pakar motivasi selain mengadakan perlawanan persahabatan.

"Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PNBJ) bersetuju mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad Harimau Muda A namun saya tidak pasti sama ada pasukan Johor Darul Ta'zim atau Johor Darul Ta'zim II yang akan dihadapi mereka pada 29 Nov ini.

"Kita bersetuju menghantar skuad berkenaan untuk sesi motivasi berkenaan selepas mengadakan perbincangan bersama Kim Swee," katanya.

Hamidin berkata pasukan muda negara itu juga bakal diuji oleh kelab divisyen tiga Jepun, FC Ryukyu pada aksi persahabatan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 4 Dis ini sebelum bertolak ke Myanmar, tiga hari kemudian.

Dalam pada itu, Hamidin menegaskan FAM sentiasa bekerjasama rapat dengan Institut Sukan Negara (ISN) bagi memantau kecederaan yang kerap melanda pemain skuad Harimau Muda A.

"Kita sentiasa mengadakan perbincangan bersama (Ketua Pegawai Eksekutif) ISN, Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz mengenai perkara ini (kecederaan pemain).

"Bagi saya, kecederaan yang melanda pemain skuad berkenaan adalah di luar jangkaan dan saya difahamkan beberapa pegawai ISN akan berada di Myanmar nanti bukan sahaja untuk memantau pasukan bola sepak kita tetapi juga sukan-sukan lain," katanya.

Sementara itu, Hamidin berkata badan induk bola sepak kebangsaan itu sentiasa memantau perkembangan pemain sayap kebangsaan, Wan Zack Haikal Wan Nor yang dilaporkan selamat menjalani pembedahan lutut di sebuah hospital swasta, baru-baru ini.

Wan Zack Haikal yang beraksi bersama FC Ryukyu sebelum ini dilaporkan mengalami kecederaan lutut dikenali sebagai 'anterior cruciate ligament' (ACL) yang memerlukan tempoh lama untuk pulih sepenuhnya.

"Malahan saya ada berjumpa dengan beliau (Wan Zack Haikal) pada 7 Nov lepas bagi mengetahui tahap pemulihan kecederaan beliau (selepas pembedahan berkenaan).

"Kita sentiasa memberikan kerjasama erat kepada doktor yang merawat beliau dalam memastikan beliau mampu pulih sebelum skuad bola sepak negara menghadapi (Kejohanan Bola Sepak) Piala AFF 2014 (di Singapura dan Vietnam) nanti.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan