Isu Prestasi Harimau Malaya: Subahan Bidas Zolkples

Diterbitkan: Selasa, 19 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengurus skuad bola sepak kebangsaan Datuk Seri Subahan Kamal pada Isnin membidas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Seri Zolkples Embong kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh melemahkan semangat pemain.

Katanya tindakan Zolkples itu tidak wajar terutama ketika skuad Harimau Malaya sedang berusaha melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2015.

"Sebagai seorang rakyat Malaysia, tidak kiralah apa jawatan yang mereka pegang, mereka kena faham mutu bola sepak negara pada masa ini. "Jika pasukan kita kalah, mereka (pengkritik) juga akan kalah kerana pemain bermain untuk negara," katanya ketika ditemui pemberita di Wisma FAM di Kelana Jaya, di sini.

Beliau mengulas kenyataan Zolkples yang dilapor oleh akhbar semalam sebagai berkata kekalahan 0-1 skuad Harimau Malaya kepada Bahrain dalam pertemuan Jumaat lepas sudah diduga. Susulan kenyataan itu penyerang skuad kebangsaan, Mohd Safee Sali membidas Zolkples menerusi laman Twitternya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia Datuk Hamidin Mohd Amin memberitahu pemberita beliau sudah mendapatkan penjelasan daripada Mohd Safee dan menyifatkan pemain berkenaan berada dalam keadaan tertekan.

"Saya rasa pada masa kini semua pihak perlu memberi sokongan padu (kepada skuad Harimau Malaya).

"Kalau kita imbas kembali kenyataan Zolkples, beliau turut memberi pujian kepada pasukan kebangsaan dan saya harap pemain akan terus memberi persembahan yang terbaik," kata Hamidin. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan