Liga Super: Sarawak Pertaruh Dua Penyerang Import Musim Depan

Diterbitkan: Sabtu, 16 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Juara Liga Perdana 2013, Sarawak bakal mempertaruhkan dua pemain import di bahagian serangan dalam saingan Liga Super musim depan, kata Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Sudarsono Osman.

Beliau berkata penyerang import sedia ada dari Bosnia, Muamer Salibasic dikekalkan, dan kini FAS sedang giat mengadakan rundingan dengan seorang lagi penyerang import bagi memantapkan jentera serangan pasukan itu musim hadapan.

"Kita jangka penyerang import kedua itu dapat diputuskan sebelum akhir bulan ini manakala rundingan dengan pemain tempatan akan diputuskan lebih awal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan stor Adidas di City One Megamall, di sini, Jumaat.

Dua penyerang import dari Australia yang dikaitkan ialah Ryan Griffith dan Daniel McBreen manakala pemain import ketiga akan mengisi barisan pertahanan.

Sebelum ini, bekas penyerang negara, Akmal Rizal Rakhli, 31, telah menandatangani kontrak selama setahun dengan pasukan tersebut.

Selain penyerang import, Sarawak juga juga telah menguji bekas pemain kebangsaan Jerman dan bekas pemain pertahanan Bayern Leverkusen, Manuel Friedrich, 34, untuk memperkuatkan barisan pertahanan pasukan.

Ketika diminta mengulas nasib penyerang utama skuad itu musim ini, Bobby Gonzales, sama ada dikekalkan dalam skuad musim hadapan, Sudarsono berkata perkara tersebut masih belum diputuskan.

"FAS masih belum dapat menghubungi Bobby kerana dia sedang berada di Manama, Bahrain bersama pasukan kebangsaan. Tapi saya mengesahkan Bobby memang mendapat tawaran dari beberapa pasukan lain," katanya.

Bobby sejak awal musim digandingkan bersama penyerang Croatia, Ivan Babic, namun selepas Babic digugurkan dari skuad, beliau digandingkan dengan Salibasic. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan