Harimau Muda A Kalah Lagi, Kim Swee Kecewa

Diterbitkan: Jumaat, 15 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee kecewa dengan aksi anak buahnya yang tewas 5-0 kepada skuad bawah 22 tahun (B-22) Jordan pada aksi persahabatan kedua di Stadium Raja Abdullah di Amman, pada Khamis.

"Tewas 5-0 dengan kelalaian...sikap sesetengah pemain terutama pada separuh masa kedua apabila dibolosi dengan empat gol hasil kesilapan yang berulang kali!" katanya menerusi laman twitter beliau, hari ini.

Jordan sebelum ini mengalahkan Harimau Muda A 3-1 pada aksi persahabatan pertama, Selasa lepas.

Pada masa sama, Kim Swee menggesa pemain menggunakan sepenuhnya tempoh 25 hari bagi memantapkan prestasi mereka sebelum bermula acara bola sepak pada Sukan SEA di Myanmar yang bakal membuka tirai pada 7 Dis ini. "Tempoh 25 hari sebelum Sukan SEA merupakan masa mustahak buat pemain untuk kembali memikirkan tugasan negara sebelum memikirkan musim baharu," katanya. Malaysia yang sebelum ini, dijadual memulakan kempen kumpulan A menentang Filipina pada 2 Disember, hanya beraksi pada 10 Disember selepas negara berkenaan menarik diri pada saat akhir.

Skuad Harimau Muda A yang dalam misi mempertahan pingat emas, akan memulakan saingan Kumpulan A menentang Brunei pada 10 Disember, diikuti Laos (13 Dis), Singapura (15 Disember) dan berdepan Vietnam pada 17 Disember.

Kesemua perlawanan berkenaan berlangsung di Stadium Zeyar Thiri, Naypyitaw.

Myanmar selaku tuan rumah mengetuai cabaran kumpulan B bersama Thailand, Indonesia, Timor Leste dan Kemboja. Perlawanan kumpulan berkenaan bakal diadakan di Stadium Thuwunna, Yangon. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan