Penyerang Sensasi Indonesia 'Patty' Milik T-Team

Diterbitkan: Khamis, 14 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pasukan kelab T-Team telah mengikat penyerang berbisa Indonesia Patrich Steve Wanggai bagi mengisi kuota Asia bagi pemain import untuk menghadapi cabaran pada saingan Liga Super musim depan.

Wanggai, 25, dengan nama timangannya 'Patty' merupakan penyerang utama pasukan Persipura Jayapura yang menjuarai Liga Super Indonesia (LSI) 2012/2013 serta mewakili skuad kebangsaan Indonesia.

Penolong pengurus pasukan T-Team, Mohamad Sekanther Hamid, mengesahkan bahawa mereka telah mendapatkan khidmat Wanggai, selaku penjaring terbanyak dalam LSI musim lepas.

Selain Wanggai, beliau berkata mereka akan menguji seorang pemain dari Croatia dan Nigeria dalam perlawanan persahabatan menentang Terengganu Isnin ini sebelum mengisi baki dua slot pemain import.

"T-Team mahupun Terengganu, masing-masing akan membuat ujian terakhir sebelum membuat keputusan muktamad mengenai pemain import tahun depan," katanya kepada Bernama di sini Khamis.

Beliau berkata pada perlawanan persahabatan tersebut, Terengganu akan menguji pemain import dari Brazil, Argentina dan Jepun.

Mohamad Sekanther berkata setakat ini T-Team telah menyenaraikan 21 pemain lama dan baharu dan akan melengkapkan senarai 25 pemain sebelum awal bulan depan.

Skuad T-team, yang menduduki tangga ke-10 dalam kempen Liga Super musim ini, akan dilatih oleh bekas jurulatih Perak, Azraai Khor Abdullah dan dibantu oleh bekas pemain Terengganu, Azlan Johar. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan