Hoeness Sebak Bayern Munich Catat Untung Terbaik Dalam Sejarah

Diterbitkan: Khamis, 14 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hoeness sebak sebaik saja keuntungan kelab itu diumumkan pada Rabu.
Hoeness sebak sebaik saja keuntungan kelab itu diumumkan pada Rabu.

PRESIDEN Bayern Munich, Uli Hoeness yang akan dibicarakan atas tuduhan mengelak cukai pada tahun depan, tidak dapat menahan sebak apabila pasukan itu mencatat keputusan kewangan memberangsangkan dalam tempoh 113 tahun.

Dalam perhimpunan agung tahunan kelab itu yang diadakan dalam suasana penuh gilang-gemilang, Hoeness menerima pujian dan tepukan gemuruh daripada tetamu yang hadir atas kejayaan Bayern meraih kejuaraan treble.

Dengan sorakan 'Uli, Uli' sebagai tanda sokongan kepada Hoeness, Bayern mencatat jumlah dagangan sebanyak 330 juta pound (RM1,537.5 juta), meningkat dari 278 juta pound (RM1,424.7 juta) pada musim 2011/2012.

Kelab yang mencatat sejarah kejuaraan treble apabila muncul kelab Jerman pertama memenangi kejuaraan liga, Piala Jerman dan kejuaraan Eropah pada musim yang sama mencatat keuntungan tertinggi dalam sejarah iaitu 362 juta pound (RM1,855 juta).

Perkara itu didedahkan kelab itu dalam perhimpunan agung tahun yang diadakan di Munich, Rabu.

Bayern turut menerima tajaan daripada pelbagai syarikat selain menyaksikan peningkatan dari segi hasil pemasaran dan dagangan.

Ketua Kewangan Bayern, Jan-Christian Dreesen berkata, keuntungan kelab itu pada tahun lalu mencatatkan rekod baru menjadikannya sebagai kelab bola sepak terbesar di dunia.

Dreesen berkata, kesemua empat trofi yang dimenangi baru-baru ini termasuk Piala Super Eropah akan dipamerkan bersebelahan dengan podium Speaker.

Kelab itu turut menyaksikan peningkatan dari segi bilangan keahliaan dari 195,689 pada musim lalu kepada 223, 985 ahli berdaftar.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan