Azraai Khor Ikat Kontrak Dua Tahun Bersama T-Team

Diterbitkan: Khamis, 14 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Azraai Khor
Azraai Khor

KUALA TERENGGANU: Bekas jurulatih Perak, Azraai Khor Abdullah telah dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan T-Team bagi menghadapi kempen Liga Super musim depan.

Azraai Khor, 61, telah menandatangani kontrak selama dua tahun dengan Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu (PBSNT).

Ketua Pegawai Operasi T-Team, Syahrizam Mohd Zain berkata majlis menandatangani kontrak tersebut berlangsung di hadapan Presiden PBSNT Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid di pejabat persatuan itu di sini Rabu.

"Selepas ini, kita beri tumpuan kepada senarai pemain yang akan dimuktamadkan dalam masa terdekat memandangkan beberapa pemain masih ada baki kontrak bersama pasukan masing-masing," katanya.

Menurutnya T-Team sedang mengenal pasti beberapa pemain import bagi mengukuhkan pasukan itu pada musim depan antaranya pemain dari Croatia, Ivan Parlov dan pemain dari Brazil, Fabio Flor yang pernah mewakili Terengganu sebelum ini.

Sementara itu, Azraai berkata beliau yakin gabungan pemain tempatan dan import mampu meletakkan pasukan itu di tangga kelima terbaik dalam Liga Super musim depan berbanding tempat ke-10 musim ini.

"Setakat ini masih belum dapat senarai penuh pemain kerana ada sebahagian daripada mereka masih dalam kontrak namun saya telah mendapat bayangan kesebelasan utama pasukan itu," katanya.

Beliau berkata pasukan tersebut akan memulakan latihan pada minggu depan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: T-Team , Azraai Khor , Ketua Jurulatih , Liga Super

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan