Menakjubkan Chelsea Masih Terus Bayar Gaji Bekas Pengurus Mereka Hingga Sekarang

Diterbitkan: Rabu, 13 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Roberto Di Matteo
Roberto Di Matteo

BEKAS Pengurus Chelsea, Roberto Di Matteo masih terus dibayar gaji penuh berjumlah £130,000 seminggu walaupun dia dipecat 12 bulan yang lalu.

Ini kerana Di Matteo dan bekas kelabnya itu gagal mencapai satu persetujuan bersama berhubung jumlah pampasan ketika dia dipecat dahulu.

Kebanyakan kontrak pengurus-pengurus bolasepak di Eropah mempunyai klausa yang menetapkan jika seseorang pengurus itu dipecat atau ditamatkan kontrak sebelum tempoh waktu kontrak tamat, dia hendaklah diberi satu jumlah pampasan yang dipersetujui bersama atau jika tiada persetujuan, maka dia haruslah terus dibayar gaji sepenuhnya sehingga kontraknya tamat atau sehingga dia ditawarkan kontrak baru oleh majikan seterusnya.

Dalam kes Di Matteo, kontrak asalnya bersama Chelsea hanya akan tamat menjelang Jun 2014 dan oleh yang demikian dia akan terus menerima gaji penuh yang bersamaan dengan £6.76 juta setahun daripada Chelsea sehingga tempoh tersebut melainkan dia menandatangani kontrak baru bersama kelab lain.

Di Matteo nampaknya seronok untuk terus menerima bayaran gaji penuh daripada Chelsea setiap minggu tanpa perlu bekerja kerana dia dilaporkan telah menolak tawaran daripada beberapa kelab dalam Liga Perdana Inggeris dan juga benua Eropah.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan