United Mara Ke Tangga Ke-5, Tewaskan Arsenal 1-0

Diterbitkan: Isnin, 11 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rooney (kanan) memeluk van Persie selepas mendahului Arsenal 1-0 di Old Trafford.
Rooney (kanan) memeluk van Persie selepas mendahului Arsenal 1-0 di Old Trafford.

PASUKAN Manchester United mengambil alih kedudukan Everton di tangga kelima Liga Perdana Inggeris selepas menang tipis 1-0 ke atas Arsenal di Old Trafford, Ahad malam.

Robin van Persie mengecewakan bekas kelabnya itu pada minit ke-27 selepas menanduk hantaran sudut yang kemas dari Wayne Rooney sekaligus menewaskan penjaga gol The Gunners, Wojciech Szczesny.

Ia merupakan jaringan ketujuh van Persie musim ini di samping Rooney yang banyak mencipta peluang gol.

"Kami tidak boleh tewas kerana kami tidak akan benarkan mereka mendapat 11 mata di depan.

"Ia satu perlawanan yang sengit dan hujung minggu yang baik. Sasaran kami adalah untuk berada di tangga teratas menjelang tahun baharu nanti.

"Kami bekerjasama mencipta peluang di bahagian sudut kerana Arsenal mempunyai pemain yang kecil di kawasan gol. Dan terima kasih kerana ia berjaya," jelas Rooney.

Skuad Arsene Wenger cuba bangkit mencari gol penyamaan pada babak kedua permainan, namun gagal menembusi benteng pertahanan United.

Biarpun tewas, Arsenal masih menguasai kedudukan pasukan dengan mengumpul 25 mata daripada 11 perlawanan, diikuti Liverpool 23 Southampton 10 dan keempat Chelsea dengan 21 mata.

Senarai pemain:

Manchester United: De Gea; Smalling, Vidic, Evans, Evra; Valencia, Jones, Carrick, Kagawa; Rooney, van Persie. (simpanan): Lindegaard, Giggs, Chicharito, Nani, Cleverley, Fellaini, Januzaj.

Arsenal: Szczesny, Sagna, Koscielny, Vermaelen, Gibbs, Arteta, Flamini, Ramsey, Ozil, Cazorla and Giroud. (simpanan): Fabianski, Wilshere, Monreal, Bendtner, Jenkinson, Gnabry, Hayden.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan