3,000 Penyokong Pahang Raikan 'Malam Tok Gajah'

Diterbitkan: Ahad, 10 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Kira-kira 30,000 penyokong Pahang membanjiri Stadium Darul Makmur malam Sabtu meraikan 'Malam Tok Gajah' sempena kejayaan Pahang menjulang Piala Malaysia musim ini.

Para penyokong yang rata-rata memakai baju kuning mula memenuhi stadium sejak awal petang tadi sempena sambutan rasmi kejayaan pasukan itu menjuarai Piala Malaysia selepas menjuarainya 21 tahun lepas.

Barisan pemain Tok Gajah bersama Piala Malaysia mula berarak masuk ke stadium dengan dihiburkan nyanyian penyanyi tersohor negara berasal dari Kuala Lipis, Pahang, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Bersempena sambutan itu, para penyokong turut disajikan perlawanan persahabatan antara pasukan artis Raja Lawak seperti Shuib, Jepp, Amir, Johan dan Rahim yang menentang pasukan veteran Pahang dengan disertai ketua jurulatih Pahang Dollah Salleh.

Selain Siti Nurhaliza, penyanyi Indonesia Datuk Rossa turut membuat persembahan yang turut disusuli dengan persembahan bunga api.

Terdahulu skuad Tok Gajah berarak di sekitar bandar Kuantan menjulang piala berprestij itu dengan menaiki bas tanpa bumbung bermula 5.30 petang.

Semua pemain, kecuali Azamuddin Md Akil dan Razman Roslan yang terlibat dengan latihan skuad kebangsaan, turut serta dalam perarakan itu.

Perarakan bermula di Padang Kemunting dan ke Jalan Mahkota, Jalan Teluk Sisek, Jalan Beserah, Jalan Gambut, Jalan Sekilau, Jalan Tun Ismail, Jalan Haji Ahmad, Jalan Lim Hoe Lek, sebelum memasuki pusat membeli-belah Capital Mall dan tiba di Stadium Darul Makmur kira-kira 6.30 petang.

Perarakan itu turut disertai kira-kira 30 motosikal berkuasa besar.

Pada perlawanan akhir Ahad lepas, Pahang berjaya mengakhiri penantian 21 tahun untuk menjulang Piala Malaysia apabila menewaskan juara bertahan Kelantan 1-0 menerusi jaringan tunggal pemain import Pahang, Matis Ruben Conti. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan