Harimau Malaya Kalah 3-0 Kepada Kuwait

Diterbitkan: Sabtu, 9 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya nyata bukan tandingan buat Kuwait selepas kalah 3-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Al-Sadaqua Walsalam, Kuwait, pada Jumaat.

Tiga gol skuad 'Al-Azraq' (The Blue) kendalian jurulatih dari Brazil, Jorvan Vieira dijaringkan oleh Al Rashidi Ahmad pada minit keenam, Saif Al Hashan (34') dan Khaled Ajab pada minit ke-53.

Perlawanan berkenaan merupakan persediaan skuad negara menghadapi Bahrain pada aksi keempat, kumpulan D, kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Nasional Bahrain di Manama, 15 November ini.

Skuad negara akan kembali semula ke tanah air untuk melayan kunjungan Qatar pada perlawanan kelima kelayakan di Stadium Shah Alam, empat hari kemudian.

Untuk rekod, Malaysia kini berada di tangga ketiga kumpulan D dengan empat mata hasil satu kemenangan, seri sekali dan kalah sekali. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan