England Buat Kejutan Namakan Trio Southampton Dalam Skuad Kebangsaan

Diterbitkan: Jumaat, 8 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS skuad kebangsaan England, Roy Hodgson melakukan kejutan dengan menamakan tiga pemain Southampton termasuk Jay Rodriguez yang dipanggil buat pertama kali untuk berhadapan dengan dua perlawanan ujian menentang Chile dan Jerman.

Rodriguez, 24, bersama-sama dua lagi rakan sepasukannya iaitu Adam Lallana dan Rickie Lambert tersenarai dalam 28 nama yang dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan.

Hodgson turut menyenaraikan Jordan Henderson, yang telah bermain dengan konsisten dalam 10 perlawanan liga mewakili Liverpool musim ini.

Bagaimanapun Hodgson tidak menamakan pemain West Ham, Ravel Morrison di dalam skuad ujian ini walaupun menerima desakan daripada para penganalisa dan pemerhati bolasepak tempatan.

Sebaliknya Hodgson tetap menaruh kepercayaan kepada penjaga gol Manchester City Joe Hart, yang telah digugurkan sebagai pilihan pertama di kelabnya sendiri.

"Hart akan bermain dalam salah satu perlawanan ujian itu nanti," kata Hodgson.

Hodgson berpendapat adalah tidak adil untuk menghukum Hart hanya kerana beberapa kesilapan yang telah dilakukannya kerana dia bermain dalam sebuah pasukan yang sentiasa menguasai permainan dan jarang diuji oleh pasukan lawan.

England dijadualkan bertemu Chile di Stadium Wembley pada 15 November sebelum menentang Jerman empat hari kemudian.

Sementara itu muka baru Jay Rodriquez walaupun mempunyai kaitan dengan Sepanyol menerusi bapanya tetapi dilahirkan di Burnley pada tahun 1989 dan oleh itu layak mewakili England.

Karier bola sepaknya bermula di bandar kelahirannya Burnley dan mewakili kelab itu sebanyak 129 kali dan menjaringkan 41 gol.

Dia mula mewakili Southampton pada Jun 2012, bermain sebanyak 50 kali dan telah menjaringkan 13 gol.

Seorang lagi bintang baru, Andros Townsend, yang bermain dengan cemerlang dalam dua perlawanan terakhir pusingan kelayakan bulan lalu turut disenaraikan semula oleh Hodgson.

SKUAD PENUH ENGLAND:

Penjaga Gol: Fraser Forster, Joe Hart, John Ruddy.

Pertahanan: Leighton Baines, Gary Cahill, Ashley Cole, Kieran Gibbs, Phil Jagielka, Glen Johnson, Phil Jones, Chris Smalling, Kyle Walker;

Tengah: Ross Barkley, Michael Carrick, Tom Cleverley, Steven Gerrard, Jordan Henderson, Adam Lallana, Frank Lampard, James Milner, Andros Townsend, Jack Wilshere;

Penyerang: Jermain Defoe, Rickie Lambert, Jay Rodriguez, Wayne Rooney, Daniel Sturridge, Daniel Welbeck.

Tags / Kata Kunci: England , Trio Southampton , Roy Hodgson

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan