Terengganu Mahu Isi Dua Lagi Slot Pemain Import Daripada Lima Calon

Diterbitkan: Khamis, 7 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Terengganu akan menguji lima pemain import minggu depan dalam usaha mengisi dua lagi slot pemain import skuad penyu itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Pada musim depan, Terengganu mengekalkan pemain import dari Cameroon, Vincent Bikana manakala kontrak rakan senegaranya Effa Owana tidak disambung.

Pasukan dalam kempen Liga Super dibenar mendaftarkan tiga pemain import.

Dalam sesi ujian dan penyesuaian dari 16 hingga 21 November ini, pengurus pasukan Marzuki Sulong berkata dua daripada lima pemain import berkenaan adalah dari Jepun manakala masing-masing seorang dari Argentina, Brazil dan Croatia.

Beliau berkata Terengganu akan mempercepatkan proses pencarian pemain import berikutan tarikh pendaftaran pemain untuk musim depan tamat pada 4 Disember ini.

"Jadi kita punya sasaran 30 Nov ini untuk melengkapkan senarai 25 pemain," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Beliau berkata setakat ini seramai 21 pemain tempatan disenaraikan dalam skuad dengan tiga daripada mereka bukan anak Terengganu.

Beliau berkata pemain bukan anak Terengganu yang bakal mewakili Terengganu musim depan adalah bekas pemain Kelantan dan Selangor PKNS.

Marzuki berkata terdapat dua lagi kekosongan dalam pasukan Terengganu yang akan diisi kemudian jika sekiranya ada pemain-pemain bintang tidak datang.

"Kita telah sediakan pemain daripada skuad Piala Presiden untuk mengisi kekosongan sekiranya pemain bintang tidak datang," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan