Perak Intai Hafiz Kamal Musim Depan

Diterbitkan: Khamis, 7 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hafiz (kuning) dintai pasukan Perak bagi aksi  musim baharu nanti.
Hafiz (kuning) dintai pasukan Perak bagi aksi musim baharu nanti.

IPOH: Perak sedang mengintai peluang untuk mendapatkan khidmat pemain tengah skuad Tok Gajah musim ini Mohd Hafiz Kamal bagi mengharungi Liga Malaysia musim depan.

Pengurus pasukan Datuk Azhar Ahmad berkata pihak pengurusan telah mengadakan rundingan berhubung perkara itu memandangkan anak kelahiran Pantai Remis itu telah tamat kontrak dengan Pahang.

"Saya telah bercakap dengan ayahnya. Sekiranya dia (Hafiz) bersetuju balik, lebih baik dia bermain untuk negeri sendiri. Setakat ini keadaan nampak positif, dia mahu bermain untuk skuad Perak," katanya kepada pemberita pada pemilihan skuad Liga Super Perak di Stadium Perak, Khamis.

Beliau berkata Perak akan mengekalkan 10 pemain senior selain membawa masuk beberapa pemain terbaik daripada skuad Piala Presiden.

"Seramai 12 pemain termasuk dua pemain import telah meninggalkan skuad Perak. Bagaimanapun kita ada sumber yang sangat setia iaitu anak-anak muda dari skuad Piala Presiden. Sumber ini akan kita latih setaraf dengan pemain senior lain," katanya.

Azhar berkata Perak memerlukan tiga pemain import untuk bermain di bahagian tengah dan pertahanan.

"Ramai yang mahu bermain untuk skuad Perak, namun kita pilih yang terbaik dan mengikut kemampuan kita (dari segi bayaran). Setakat ini rundingan diadakan dengan salah seorang daripada pemain Myanmar, pemain kebangsaan Syria, pemain kebangsaan Ghana. Mereka ini saya lihat sebaris dengan pemain yang hebat di negara kita," katanya.

Sementara itu beliau berkata pemain Johor Darul Takzim Mohd Tuah Iskandar turut mencuba nasib dalam pemilihan yang berlangsung selama tiga hari bermula Rabu.

"Insya-Allah saya akan pastikan pasukan Perak berada pada landasan yang betul dan sekurangnya-kurangnya berada di kedudukan kelima atau keenam musim depan. Sekiranya penyokong memberi sokongan kuat kepada pihak pengurusan, kita akan beri komitmen yang tinggi untuk memajukan pasukan bola sepak Perak," katanya.

Azhar berkata pemilihan secara terbuka yang dilakukan pihaknya menerima sambutan yang amat menggalakkan dengan kira-kira 200 pemain hadir sejak Rabu.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan