Borussia Dortmund 0 Arsenal 1: Aaron Ramsey Jaring Gol Ke-13 Musim Ini

Diterbitkan: Khamis, 7 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aaron Ramsey
Aaron Ramsey

ARSENAL bukan sahaja telah bermain cemerlang sepanjang musim baru ini tetapi penyerang mereka berbangsa Wales, Aaron Ramsey sendiri telah menjaringkan 13 gol dan kini telah meletakkan dirinya sama hebat dengan pemain senegaranya Gareth Bale (pemain termahal dunia).

Jaringannya yang membawa kemenangan tipis ke atas Borussia adalah merupakan golnya yang kelima dalam kejohanan ini.

Dan dia berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Borussia Dortmund yang dianggap bermain dengan penuh disiplin di semua bahagian malah sebelum perlawanan ini telah menewaskan Stuttgart 6-1 dalam persaingan Liga Jerman.

Pasukan bimbingan Arsene Wenger ini telah menunjukkan peningkatan yang luar biasa sepanjang musim.

Mereka tahu bagaimana hendak menembusi pertahanan kental sebuah kelab yang terbaik di Eropah dan masih mampu pulang dengan tiga mata penuh apatah lagi bermain di tempat lawan.

Statistik perlawanan menunjukkan Arsenal menguasai permainan dengan 50.7% manakala Dortmund 49.3% tetapi Dortmund menguasai serangan dengan 12 percubaan tepat berbanding Arsenal hanya empat percubaan.

Dortmund juga menguasai enam sepakan sudut manakala Arsenal cuma dua.

Tetapi sentuhan ajaib Ramsey yang akhirnya mencuri perhatian. Dia kini telah menjaringkan 13 gol dalam 21 perlawanan musim ini - menjadikannya sebagai penggerak utama di bahagian enjin Arsenal sama sepertimana Frank Lampard melakukannya untuk Chelsea.

Kemenangan ini membolehkan Arsenal menduduki tangga teratas kumpulan mengatasi Napoli yang akan menentang Dortmund dalam perlawanan seterusnya.

Arsenal akan menentang Marseille pada 27 November nanti dan selepas itu bertemu Napoli dalam perlawanan terakhir mereka pada 11 Disember.

Dortmund: Weidenfeller 6, Grosskreutz 7, Papastathopoulos 6, Subotic 7, Schmelzer 6, Sahin 5, Bender 5 (Hofmann 75, 5), Blaszczykowski 6 (Aubameyang 74, 5), Mkhitaryan 6, Reus 6 (Schieber 86), Lewandowski 6. Simpanan: Langerak, Kehl, Kirch, Durm.

Arsenal: Szczesny 7, Sagna 6, Mertesacker 7, Koscielny 7, Gibbs 6, Ramsey, Arteta 6, Cazorla 5 (Monreal 75, 5), Ozil 6, Rosicky 6 (Vermaelen 91), Giroud 7 (Bendtner 90). Simpanan: Fabianski, Jenkinson, Gnabry, Hayden.

Gol: Ramsey (62).

Jumlah Penonton: 65,829.

Tags / Kata Kunci: Aaron Ramsey , Arsenal , Arsene Wenger , Gareth Bale

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan