Steve Darby Ganti Hodak Sebagai Jurulatih Kelantan Musim Depan - Annuar

Diterbitkan: Selasa, 5 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Steve Darby
Steve Darby

KUALA LUMPUR: Bekas jurulatih Perak Steve Darby akan mengambil alih tugas Bojan Hodak sebagai ketua jurulatih pasukan Kelantan untuk saingan Liga Super musim depan.

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, Darby telah bersetuju menandatangani kontrak selama dua tahun bersama skuad 'The Red Warriors' dan akan memulakan tugas pada 15 November ini.

"Terima kasih khusus kepada Bojan atas khidmat beliau dan menghormati hasratnya mahu berubah angin dan saya memahaminya.

"Insya-Allah senarai pasukan 2014 akan diumumkan selepas itu," kata Annuar menerusi laman Facebooknya pada Isnin.

Hodak, yang dilantik sebagai pengendali skuad Kelantan pada Mac 2012, mengesahkan bahawa beliau akan berubah angin pada musim depan namun enggan mendedahkan pasukan yang bakal dikendalikannya.

Darby, 58, kelahiran Liverpool, England, mempunyai pengalaman luas dalam bidang kejurulatihan di beberapa negara Asia sejak 1979.

Beliau pernah menjadi pembantu jurulatih skuad kebangsaan Bahrain (1979), skuad Thailand (2009), pasukan kelab Sydney Olympic FC (1995), Home United FC di Singapura (2002), Johor (1998) dan kelab liga India, Mohun Bagan FC pada 2011.

Menyentuh mengenai prestasi pasukan Kelantan musim ini, Annuar berkata, beliau berpuashati dengan pencapaian yang diraih para pemain walaupun terkilan dengan kegagalan mereka mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia.

Kelantan kalah 1-0 kepada Pahang pada final Piala Malaysia menerusi jaringan Matias Ruben Conti pada minit ke-58 di Stadium Shah Alam pada Ahad.

"KPI (Petunjuk Prestasi Utama) tercapai namun sedih amat terasa kalah sedemikian. Tapi Allah (S.W.T) menentukan segalanya," kata Annuar.

Kelantan yang meraih kejuaraan trebel pada 2012 hanya mampu mempertahankan Piala FA, musim ini selepas menumpaskan Johor Darul Takzim 1-0 pada aksi final, 29 Jun lepas. di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pada saingan Liga Super musim ini, pasukan berkenaan hanya mampu menduduki tangga keempat daripada 12 pasukan dengan 36 mata daripada 22 perlawanan liga. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan