Beberapa Pemain Tonggak Kelantan Akan Berhijrah - Azman

Diterbitkan: Selasa, 5 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kelantan akan memanggil beberapa pemain muda daripada skuad Piala Presiden dan pemain import baharu bagi menggalas cabaran Liga Super musim depan, kata pengurus pasukan Azman Ibrahim.

Beliau berkata beberapa perubahan akan dilakukan dalam skuad 'The Red Warriors' berikutan beberapa tonggak utama akan meninggalkan pasukan itu.

"Memang ada penghijrahan beberapa pemain...itu kena tanya pemain sendiri untuk kepastian. Bagaimanapun, kita mahu membentuk sebuah pasukan yang lebih baik pada musim hadapan," katanya.

Pada final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Kelantan kalah 1-0 kepada Pahang, hasil tandukan pemain import dari Argentina, Matias Ruben Conti pada minit ke-58.

Antara pemain Kelantan yang disebut-sebut akan berhijrah ialah penyerang Norfarhan Mohamad, pemain pertahanan Daudsu Jamaluddin dan S. Subramaniam.

Selain pemain, Kelantan juga kehilangan ketua jurulatih Bojan Hodak yang diganti dengan bekas jurulatih Perak, Steve Darby.

Azman berkata Kelantan akan cuba mengekalkan khidmat dua pemain import, Obinna Nwaneri dan Dickson Nwakaeme untuk saingan musim depan.

Dalam pada itu, Norfarhan berkata beliau masih berbincang dengan pengurusan tertinggi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengenai nasibnya bersama pasukan itu.

Mengulas khabar angin akan menyertai kelab Johor Darul Takzim (Johor DT) pada musim hadapan, Norfarhan berkata ia belum diputuskannya.

"Saya tidak nafikan ada ditawarkan tempat dalam Johor DT pada musim hadapan. Tunggulah satu dua minggu ini untuk tukar atau tidak," katanya.

Kepulangan pasukan Kelantan itu disambut oleh kira-kira 200 penyokong daripada Kelab Komuniti Kami Memang Sporting.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan