Pahang Bincang Siri Jelajah Piala Malaysia Di Negeri Itu

Diterbitkan: Isnin, 4 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Keputusan untuk mengarak Piala Malaysia dalam siri jelajah ke seluruh Pahang akan dibuat Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) selepas mendapat tarikh dan kaedah yang sesuai.

Pengurus skuad Tok Gajah, Datuk Che Nasir Salleh berkata perkara berhubung tempoh masa, tempat, kaedah yang akan digunakan dan tarikh itu akan dibincangkan selepas mendapat perkenan Presiden PBNP, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah terlebih dahulu.

"Seperti mana yang dikehendaki oleh Tengku Muda (Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah) semalam (Ahad), trofi Piala Malaysia ini akan diarak ke setiap daerah di seluruh negeri Pahang," katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

Namun katanya, keputusan itu masih belum dibuat memandangkan perlawanan akhir saingan Piala Malaysia baru tamat pada Ahad.

Pahang menamatkan penantian 21 tahun selepas menewaskan Kelantan 1-0 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam Ahad.

Jaringan tunggal oleh pemain import Pahang, Matias Ruben Conti membolehkan akuad Tok Gajah melakar kejayaan merangkul Piala Malaysia buat kali ketiga selepas melakukannya pada 1983 dan 1992.

Sebelum meraikan kejayaan itu, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob sempat mengumumkan cuti peristiwa 4 November kepada rakyat negeri Pahang sempena perlawanan akhir itu.

Beliau turut mengumumkan untuk memberikan satu bentuk ingatan kepada pasukan Pahang sekiranya berjaya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan