Pemain Indonesia Hampir Bersama T-Team Untuk Saingan Liga M

Diterbitkan: Ahad, 3 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pasukan bola sepak berstatus kelab T-Team hampir pasti menggunakan khidmat pemain import dari Indonesia bagi menghadapi saingan Liga Malaysia pada musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutif T-Team, Abdul Rashid Jusoh berkata, pemain tersebut mewakili pasukan kebangsaan Indonesia dan juga merupakan penjaring terbanyak Liga Super Indonesia (ISL) pada musim 2012/2013.

"Ini adalah sebagai satu langkah memenuhi syarat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mengisi kuota pemain import Asia musim hadapan," katanya kepada Bernama.

Abdul Rashid berkata, T-Team telah beralih arah ke Indonesia dalam usaha mencari pemain import berkenaan berikutan rancangannya mendapatkan pemain Singapura sebelum ini tidak kesampaian.

Dalam pada itu, beliau berkata T-Team juga bercadang menggunakan khidmat seorang pemain import dari negara Croatia dan juga sedang mengintai pemain import ketiga bagi melengkapkan slot pemain import tahun depan.

Beliau berkata, jawatankuasa pemilihan pemain T-Team telah mengenal pasti pemain import dari Croatia itu semasa mengunjungi negara itu baru-baru ini.

Namun begitu, Abdul Rashid berkata, T-Team mengalu-alukan mana-mana pemain import yang berminat untuk mengikut sesi ujian di Padang Gong Badak pada 6 hingga 8 November ini.

Sementara itu, pihak pengurusan T-Team telah mengikat beberapa pemain negeri lain yang berpotensi hasil pertemuan di ibu negara beberapa hari lepas bagi memperkuatkan skuad The Titans.

Beliau berkata, pemain berkenaan antaranya yang pernah menyarung jersi pasukan Terengganu selain dari Selangor PKNS, Harimau Malaya B, Sabah dan Johor DT.

"Nama pemain-pemain berkenaan biarlah diumumkan oleh pucuk pimpinan T-Team sendiri, selepas pertandingan akhir Piala Malaysia nanti," katanya.

Dengan perkembangan terbaru ini, beliau berkata jumlah pemain yang disenaraikan dalam pasukan T-Team sekarang ini telah meningkat kepada 19 orang, termasuk pemain import.

T-Team telah memulakan latihan pusat dalam rangka membentuk pasukan mantap bagi menghadapi kejohahan tersebut di Padang Bola Sepak Gong Badak, di sini sejak 28 Oktober lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan