Abdul Rahman Ibrahim Latih Pasukan Terengganu Bermula Selasa Ini

Diterbitkan: Ahad, 3 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Jurulatih baharu Terengganu musim 2014, Abdul Rahman Ibrahim akan memulakan tugas melatih pasukan negeri itu bermula Selasa ini.

Pengurus pasukan Marzuki Sulong berkata bekas jurulatih pasukan Selangor PKNS berumur 67 tahun itu akan dibantu pembantu jurulatih, Mohd bin Nik.

"Kita harap dengan pengalaman luas Abdul Rahman sebagai jurulatih baik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa, pasukan Terengganu akan mendapat khidmat yang lebih berjaya dalam saingan Liga Malaysia musim depan," katanya kepada Bernama di sini Ahad.

Marzuki yang juga naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu berkata pemilihan pemain Terengganu untuk musim 2014 hampir 100 peratus selesai, hanya beberapa lagi nama pemain perlu mereka isi termasuk dua pemain import.

Beliau membayangkan pasukan Terengganu musim depan rata-ratanya dibarisi pemain anak Terengganu, termasuk pemain yang sebelum ini beraksi dengan negeri lain yang dipanggil balik untuk memperkuatkan pasukan Sang Penyu musim depan.

Marzuki berkata pemain import Terengganu kelahiran Cameroon, Vincent Bikana masih dikekalkan bersama pasukan itu dan akan mencari dua lagi pemain untuk mengisi slot tiga pemain import musim depan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan