Tiada Pasukan Yang Tidak Boleh Ditundukkan - Zainal Abidin

Diterbitkan: Sabtu, 2 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: "Tiada apa yang mustahil dan tiada pasukan yang tidak boleh ditundukkan," kata Penolong Pengurus pasukan Pahang Zainal Abidin Hassan.

Katanya ini terbukti dengan rekod Pahang dalam saingan di peringkat kumpulan Piala Malaysia apabila menewaskan PKNS dan Sarawak.

"Menewaskan PKNS pada suku akhir dan Sarawak di peringkat separuh akhir amat membanggakan kerana saya sedar kedua-dua pasukan itu adalah juara di peringkat kumpulan masing-masing sedangkan Pahang hanya menduduki tempat kedua kumpulan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis ramah mesra di antara Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob bersama pemain dan penyokong peminat skuad Tok Gajah di sini, Jumaat.

Zainal Abidin turut yakin terhadap prestasi pemain Pahang dengan menggunakan kelebihan mereka untuk memastikan Piala Malaysia dapat dibawa pulang ke negeri itu, sekaligus mengulangi kejayaan pasukan itu pada 1983.

Katanya pasukan Tok Gajah pertama kali menggenggam piala berprestij itu pada 1983 semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Besar Pahang.

Pahang merangkul Piala Malaysia sebanyak dua kali iaitu pada 1983 dan 1992 manakala pernah menjadi naib juara pada 1984, 1994, 1995 dan kali terakhir 16 tahun lepas.

Dalam pada itu, Zainal turut memuji kehadiran penyokong pasukan yang begitu menggalakkan memenuhi Stadium Darul Makmur dalam saingan Piala Malaysia bagi menyemarakkan semangat para pemain.

Katanya kehadiran itu cukup bermakna terutamanya dalam perlawanan akhir Piala Malaysia malam esok yang menyaksikan Pahang menentang Kelantan di Stadium Shah Alam. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan