Paluan 20 Gendang Iringi 'The Red Warriors' Untuk Piala Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 2 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Sebanyak 20 Gendang Cina akan dipalu di Stadium Shah Alam bagi meniup semangat pemain 'Red Warriors' pada perlawanan akhir Kelantan menentang Pahang, Ahad ini.

Menurut Ketua Kumpulan Gendang Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan Harun Ali, pemalu gendang akan berlepas ke Shah Alam malam esok menaiki beberapa buah kereta dan van, untuk turut berkonvoi dengan 15 buah bas kelab penyokong.

"Kami akan menjadi 'pemain' ke-12 pasukan Kelantan dengan paluan gendang dan sorakan yang akan menggegarkan Stadium Shah Alam.

"Lagu 'Yuh Ayuh' dan 'Gomo Kelate Gomo' akan dinyanyikan sepenuh hati dengan diiringi paluan gendang kelab kami dan saya harap Piala Malaysia sekali lagi dibawa pulang ke Kelantan tahun ini," katanya ketika ditemui menjalani latihan paluan gendang di sini, Jumaat.

Harun, 46, berkata kelab itu dianggotai 20 pemalu gendang yang akan membuat kelainan pada tahun ini dengan mewarnakan kepala mereka merah, warna tema bendera Kelantan. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan