Kelantan Calon Juara Piala Malaysia 2013 - Pemerhati Bola Sepak

Diterbitkan: Sabtu, 2 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kejohanan bola sepak berprestij tanah air, Piala Malaysia semakin menghampiri kemuncaknya dengan aksi final yang menemukan dua pasukan Pantai Timur, Kelantan dan Pahang di Stadium Shah Alam, malam Ahad.

Ramai pemerhati bola sepak tempatan melihat Kelantan yang kini memburu kejuaraan ketiga selepas 2010 dan 2012 merupakan calon juara edisi ke-87 kejohanan berdasarkan kekuatan yang dimiliki mereka di setiap posisi.

Mereka bagaimanapun menyifatkan Pahang turut berpeluang untuk meraih kejuaraan buat kali ketiga selepas 1983 dan 1992 seandainya berjaya memanfaatkan ketiadaan pertahanan kental Kelantan, Obinna Nwaneri yang digantung perlawanan.

Kedua-dua pasukan pernah bertemu dalam saingan kumpulan C Piala Malaysia menyaksikan keputusan seri 1-1 pada aksi Kuantan, 20 Ogos sebelum Kelantan menang besar 4-0 pada aksi timbal balik, 21 September di Kota Bharu.

Bekas pemain kebangsaan awal tahun 2000, Mohd Nizam Jamil berkata Kelantan mempunyai kelebihan dengan skuad simpanan yang terbaik sekalipun skuad utama gagal memberikan persembahan terbaik.

"Dalam erti kata lain, sekiranya skuad utama gagal memberikan impak dalam separuh masa sesuatu perlawanan, barisan simpanan mereka mampu menampung kekurangan berkenaan.

"Walaupun Kelantan kehilangan khidmat Obinna, saya melihat pasukan ini masih mampu memberikan ancaman kepada kubu Pahang menerusi rangkaian tiga serangkai iaitu kapten, Mohd Badhri Mohd Radzi, Norfarhan Muhammad serta Indra Putra Mahayuddin," kata Mohd Nizam.

Mohd Nizam yang kini bertugas sebagai pengurus pasukan Liga Perdana, SPA Putrajaya FC bagaimanapun menyifatkan Pahang turut berpeluang untuk muncul juara sekiranya keputusan di suku dan separuh akhir dijadikan ukuran utama.

"Selain itu, Pahang juga harus mengeksploitasi sepenuhnya dua pemain sayap mereka iaitu R. Gopinathan dan R. Surendran dalam mengucar-kacirkan pertahanan mereka sekiranya ingin menjulang kejuaraan," katanya yang memilih kemenangan bakal berpihak kepada Kelantan dengan kemenangan 2-1.

Berkongsi pandangan adalah blogger sukan, Muhammad Aiman Aminul Abdullah yang memilih Kelantan sebagai calon juara berdasarkan kekuatan seimbang yang dimiliki pasukan bimbingan Bojan Hodak itu di setiap posisi.

"Mereka juga mempunyai pengalaman luas beraksi di pentas final selain mampu beraksi (dengan selesa) di hadapan penyokong yang ramai.

"Malahan kemaraan mereka ke final juga bukanlah satu perjalanan yang mudah kerana mereka terpaksa menghadapi saingan sengit daripada Johor DT dan ATM," kata penulis blog www.suarasukan1mas.blogspot.com.

Muhammad Aiman Aminul yang merupakan pengkritik bola sepak tempatan berkata ketiadaan Obinna di barisan pertahanan tidak menjejaskan rentak permainan pasukan Kelantan yang mempunyai beberapa pemain lain yang boleh menggalas tanggungjawab berkenaan seperti Azizi Mat Rose, Mohd Farisham Ismail dan Nik Shahrul Azim Abd Halim.

"Saya yakin Nik Shahrul Azim pasti menjadi pilihan utama Hodak untuk menggantikan tempat Obinna kerana beliau pernah beraksi dalam final Piala Malaysia musim lepas selain final Piala FA, musim ini," katanya yang menjangkakan Kelantan akan mencatatkan kemenangan 3-1.

Dalam keghairahan penyokong kedua-dua pasukan memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selaku pengelola perlawanan memperketatkan kawalan keselamatan paling tinggi dalam sejarah kejohanan bola sepak negara bagi memastikan ia berjalan lancar.

Sejumlah 2,155 anggota keselamatan bakal dikerahkan untuk mengawasi perjalanan perlawanan, penggunaan helikopter Polis Diraja Malaysia dan unit anjing pengesan selain tapisan tiga lapis iaitu pemeriksaan badan, tiket serta bahan terlarang termasuk suar dan mercun. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan