Jaminan Kawalan Lebih Ketat Di Stadium Shah Alam

Diterbitkan: Sabtu, 2 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Perlawanan akhir Piala Malaysia antara Pahang dan Kelantan di Stadium Shah Alam, Ahad ini, menyaksikan kawalan keselamatan diletakkan pada tahap paling tinggi dalam sejarah sukan bola sepak negara.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Afandi Hamzah berkata kekuatan 2,155 anggota keselamatan yang ditugaskan pada malam tersebut merupakan bilangan terbesar dalam sejarah penganjuran di peringkat final.

Selain pemeriksaan lebih ketat di dalam dan luar stadium, katanya, pihak polis akan menggunakan helikopter untuk meninjau keadaan dari udara sebelum, semasa dan selepas perlawanan itu.

"Kami meminta penyokong kedua-dua pasukan memberi kerjasama dalam menjaga keselamatan bagi memastikan perlawanan akhir ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pengurus pasukan final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, pada Jumaat.

Pada masa yang sama, Afandi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, meminta penyokong menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi semasa menyaksikan perlawanan tersebut.

Afandi berkata penyokong Kelantan akan menggunakan pintu stadium di sebelah kiri manakala penyokong Pahang masuk ke stadium menerusi pintu di sebelah kanan.

Beliau berkata antara tetamu kenamaan yang dijangka hadir menyaksikan perlawanan berkenaan ialah Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menasihatkan penyokong supaya tidak menyalakan suar yang merupakan satu kesalahan yang termaktub di bawah peraturan bola sepak antarabangsa.

"Saya bimbang bahawa tindakan seperti itu akan membawa padah sebagaimana yang berlaku semasa perlawanan antara Malaysia dan Bahrain pada pusingan kelayakan Piala Asia 2015 di sini 15 Oktober lepas. "Kita kemungkinan dikenakan tindakan tegas oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) akibat insiden itu...kalau perkara ini berterusan, kita mungkin akan bermain tanpa penyokong pada masa depan," kata Hamidin. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan