Hodak Yakin Kelantan Ada Kelebihan Ke Atas Pahang

Diterbitkan: Sabtu, 2 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pemain Kelantan berpengalaman luas dalam perlawanan akhir sejak beberapa tahun lepas dan ini memberi sedikit kelebihan ketika menentang Pahang pada final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Ahad ini.

Sebaliknya, ketua jurulatih Kelantan Bojan Hodak berkata skuad Tok Gajah bimbingan Dollah Salleh hanya tampil pada perlawanan akhir pada 1997 dan kalah 1-0 kepada Selangor.

"Ini sesuatu yang akan membezakan apabila menentang Pahang nanti...secara keseluruhan perlawanan ini adalah lebih terbuka dengan masing-masing mempunyai peluang 50-50," kata jurulatih berusia 42 tahun dari Croatia itu kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pengurus pasukan di stadium berkenaan pada Jumaat.

Hodak berkata walaupun sedih dengan ketiadaan pemain pertahanan, Obinna Nwaneri kerana digantung akibat dua kad kuning namun beliau boleh bergantung kepada pemain lain untuk membendung jentera serangan pasukan Pahang.

Kapten skuad 'The Red Warriors' itu, Mohd Badhri Mohd Radzi yang dikenali sebagai 'Piya' pula berkata, beliau tidak berasa tertekan walaupun pihak lawan menganggap beliau perlu diberi perhatian khusus.

Pada masa yang sama, beliau turut mengakui kehilangan Nwaneri bakal menjejaskan rentak permainan pasukan namun menggesa rakan sepasukan memberikan persembahan terbaik bagi memastikan Piala Malaysia kekal di Kelantan buat tahun kedua berturut-turut.

"Kita tahu Pahang bukanlah calang-calang pasukan namun kita harap nasib akan berpihak kepada kita sekali lagi. "Bagi saya, tekanan itu sentiasa ada ketika kita beraksi di final namun saya tidak mahu menjadikan itu sebagai alasan kerana yang penting ialah mempertahankan kejuaraan," kata Piya.

Sementara itu, Dollah yang pernah mendakap kejuaraan Piala Malaysia bersama Pahang selaku pemain pada 1992, mengingatkan anak didiknya supaya tidak mengambil mudah kekuatan pasukan lawan walaupun bakal turun tanpa khidmat Nwaneri.

"Yang penting bagi saya ialah pemain dapat pamerkan satu permainan yang menarik sebagaimana yang saya harapkan dan saya percaya dengan semangat juang pemain, kita mampu melakukan sesuatu pada Ahad ini," katanya. Kapten skuad Tok Gajah, Jalaluddin Jaafar berkata, kesemua pemain kini bersemangat untuk menjulang kejuaraan Piala Malaysia selepas kali terakhir layak ke final pada 1997.

"Saya rasa ini merupakan peluang terbaik untuk kita (merangkul Piala Malaysia) kerana sejak awal musim, tiada pihak yang menyangka kita akan mara ke final. Saya harap rakan sepasukan dapat menamatkan penantian kita selama 16 tahun ini," katanya.

Untuk rekod, kedua-dua pasukan berkenaan pernah bertemu sebanyak dua kali pada saingan kumpulan C Piala Malaysia, musim ini.

Kedua-duanya terikat seri 1-1 pada aksi di Kuantan, 20 Ogos lepas sebelum Kelantan menang selesa 4-0 pada perlawanan timbal balik di Kota Baharu pada 21 September. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan