Piala Liga Inggeris: United Bertemu Stoke City Pada Aksi Suku Akhir

Diterbitkan: Jumaat, 1 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KELAB Manchester United diundi bakal bertemu Stoke City pada aksi suku akhir Piala Liga Inggeris.

Manakala Chelsea pula masih menunggu sama ada akan bertemu dengan pasukan Sunderland ataupun Southampton pada pusingan ini.

Sunderland dan Southampton akan bersaing merebut lapan pasukan terakhir pada 6 November ini.

Manchester City yang menewaskan Newcastle 2-0 pada aksi awal pagi Khamis berdepan dengan Leicester City, manakala Tottenham akan berkunjung ke West Ham.

Perlawanan pusingan suku akhir ini akan berlangsung pada 6 Disember depan.

Jadual perlawanan suku akhir:

Leicester City lwn Manchester City

Stoke City lwn Manchester United

Sunderland atau Southampton v lwn Chelsea

Tottenham Hotspur lwn West Ham United

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan