Kim Swee Kehilangan Junior Menjelang Sukan SEA

Diterbitkan: Khamis, 31 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee masih mempunyai pilihan pemain berkaliber di bahagian tengah untuk menggantikan Junior Eldstal yang terpaksa melupakan kempen Sukan SEA di Myanmar, Disember ini, kerana akan menjalani pembedahan bahagian tulang belakang.

Kim Swee berkata Junior telah memaklumkan kepadanya mengenai pembedahan itu yang perlu dijalani dalam terdekat akibat cakera gelincir (slip disc) dan nasihat doktor untuk pemain Sarawak itu berehat sekurang-kurang tiga minggu selepas pembedahan.

Beliau berkata Junior menunjukkan prestasi yang baik semasa mewakili skuad kebangsaan buat pertama kali pada Pestabola Merdeka, September lepas, dan permainannya dilihat semakin meningkat ketika mewakili Sarawak pada kempen Piala Malaysia.

Mengakui ketiadaan Junior menjejaskan persediaan Harimau Muda itu untuk mempertahankan pingat emas pada temasya dwitahunan itu, namun Kim Swee percaya dengan kemampuan pemain lain.

"Sebagai jurulatih saya perlu sentiasa bersedia dengan pelan A dan B. Saya percaya kemampuan pemain lain, masing-masing mempunyai kelebihan," katanya.

Kim Swee berharap Junior segera sembuh agar dapat beraksi bersama skuad kebangsaan pada kejohanan lebih penting pada tahun depan.

Dalam pada itu, Kim Swee turut memanggil pemain lain bagi memperkuatkan cabaran Harimau Muda A di Myanmar, seperti Nasir Basharuddin (Perak), S.Sivanesan (Negeri Sembilan), Zubir Azmi (Terengganu), Safwan Hashim (ATM), Ashri Chucu (Sarawak), Amir Zafran Nadris (Harimau Muda B) dan Ridzuan Abdunloh Pula (Harimau Muda B).

Harimau Muda A akan menyertai kejohanan jemputan Piala BIDC 2013 di Phnom Penh, Kemboja bermula Khamis sebagai pemanas badan sebelum Sukan SEA dan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Jordan pada 12-14 November ini di negara itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan