Daudsu Kecewa Tidak Dapat Beraksi Di Final

Diterbitkan: Khamis, 31 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Pemain pertahanan Kelantan, Daudsu Jamaluddin kecewa kerana tidak dapat beraksi pada final Piala Malaysia menentang Pahang, Ahad ini, akibat kecederaan.

Ia sekali gus mengundang bahaya buat 'The Red Warriors' berikutan tonggak pertahanan Obinna Nwaneri juga tidak diturunkan selepas mengumpul dua kad kuning.

Daudsu berkata beliau merasa terkilan kerana kecederaan lutut yang dialaminya selepas perlawanan suku akhir dengan Johor Darul Takzim (Johor DT) baru-baru ini menyebabkan beliau terpaksa direhatkan walaupun perlawanan itu sangat bermakna buat beliau yang akan menyarung jersi bersama Johor DT pada musim hadapan.

"Memang kecewa kerana daripada awal musim, saya dan rakan-rakan berhempas pulas untuk memenangi setiap perlawanan, namun ketika sampai masanya kita berjaya mara ke pentas final, saya pula mengalami kecederaan.

"Bagaimanapun saya berharap rakan sepasukan dapat memberi persembahan terbaik dan Kelantan sekali lagi menjulang Piala Malaysia untuk musim ini," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Ramah Mesra 'The Red Warriors' bersama Kingdom Elektronics Sdn Bhd di sini, Khamis.

Pada majlis yang turut dihadiri penyerang Indra Putra Mahyuddin dan pemain sayap, Zairul Fitree Ishak itu, mereka bertiga meluangkan masa kira-kira dua jam untuk beramah mesra serta menandatangani beberapa helai baju dan jam penyokong Kelantan.

Daudsu berkata Pahang mempunyai peluang seimbang dengan Kelantan memandangkan pasukan Tok Gajah itu mempunyai pelbagai lapisan pemain daripada pelbagai peringkat.

"Walaupun Kelantan mempunyai beberapa pemain yang pernah beraksi di peringkat final, namun kita tidak boleh leka kerana Pahang mempunyai beberapa pemain muda serta sokongan pemain import yang ghairah untuk memburu kejuaraan selepas kali terakhir menjulang Piala Malaysia pada 1992," katanya.

Sementara itu, Indra Putra berkata faktor umur bukan menjadi penghalang buat dirinya untuk sekali lagi melakar kejayaan buat Kelantan pada musim ini walaupun sering dimomokkan oleh peminat yang sering melakukan 'usikan' tersebut di laman sosial.

"Saya rasa daripada segi umur ini tak jadi masalah. Kadang-kadang pemain muda pun kalah dengan cara permainan saya. Apa yang penting, selagi saya ada kudrat dan pasukan sentiasa menunjukkan semangat yang tinggi ketika perlawanan, Insya-Allah kita akan menang," katanya.

Anak kelahiran Ipoh, yang berusia 32 tahun itu berkata perlawanan akhir tersebut merupakan penampilan keempat buat dirinya dalam final Piala Malaysia selepas dua kali mewakili Kelantan dan sekali ketika bersama Perak, justeru kemenangan tersebut disifatkan amat bermakna buat dirinya sebagai pemain bola sepak.

"Kelantan lebih berpeluang untuk menang, tapi kita jangan ambil mudah perlawanan itu nanti kerana Pahang ada ramai pemain muda dan dalam kotak fikiran mereka hanya mahu menang. Mereka tak akan berhenti sehingga wisel penamat ditiup," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan