10,000 Tiket Habis Dijual Dalam Masa 90 Minit Di Kelantan

Diterbitkan: Khamis, 31 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Sebanyak 10,000 tiket daripada 30,500 tiket final Piala Malaysia yang diperuntukkan kepada Kelantan habis dijual dalam tempoh 90 minit di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, Rabu.

Hampir 5,000 penyokong fanatik pasukan 'The Red Warriors' mula beratur di stadium berkenaan sejak pukul 6.30 pagi walaupun lapan kaunter menjual tiket hanya mula dibuka pukul 3 petang.

Kelantan, selaku juara bertahan, akan menentang Pahang pada final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Ahad ini.

Tinjauan Bernama di perkarangan stadium mendapati peminat sanggup menahan lapar dan dahaga serta berpanas semata-mata untuk mendapatkan tiket yang dijual maksimum empat keping bagi setiap seorang.

Lima belas minit selepas kaunter dibuka, keadaan mula kecoh apabila pagar yang dipasang untuk keselamatan, tiba-tiba roboh disebabkan asakan penyokong yang saling menolak antara satu sama lain sehingga menyebabkan segelintir daripada mereka cedera ringan akibat terjatuh.

Bagaimanapun, seramai 73 pegawai dan anggota polis yang mula bertugas sejak pukul 12 tengah hari, berjaya mengawal keadaan.

Sementara itu, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Datuk Wan Ismail Md Noor berkata hanya 10,000 tiket dijual di kaunter stadium manakala 20,500 tiket dijual secara pukal kepada penyokong yang mengikuti rombongan yang menaiki bas ke Stadium Shah Alam.

Beliau berkata penjualan tiket di stadium itu turut dipantau oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengelak sebarang unsur penipuan.

Seorang penyokong, Zahari Ibrahim, 56, dari Tendong, Pasir Mas berkata beliau mula beratur sejak pukul 8 pagi Rabu dan tidak sempat makan semata-mata mahu membeli empat keping tiket untuk beliau dan anak-anaknya.

Beliau, yang terpaksa dipapah keluar oleh anggota keselamatan kerana hampir pengsan selepas berasak membeli tiket tersebut, berkata penantiannya selama tujuh jam itu berbaloi kerana berjaya mendapatkan tiket.

"Saya akan bertolak ke Shah Alam, Jumaat ini dengan anak-anak. Saya selalu pergi menonton di stadium setiap kali Kelantan berjaya melangkah ke final," katanya.

Seorang penyokong, Roslina Mamat, 45, dari Bukit Marak, Bachok, berkata beliau tidak puas hati dengan kaedah penjualan tiket kerana terpaksa beratur terlalu lama semata-mata untuk mendapatkan tiket.

Roslina, yang beratur hampir empat jam, berkata KAFA seharusnya mengagihkan tiket tersebut ke setiap daerah bagi memudahkan orang ramai membeli tiket di tempat masing-masing. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan