Bekas Pemain Jerman Antara Lapan Jalani Ujian Dengan Sarawak

Diterbitkan: Rabu, 30 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Juara Liga Perdana 2013, Sarawak dijangka mengambil bekas pemain antarabangsa Jerman untuk mengukuhkan kempen mereka dalam saingan Liga Super musim depan.

Sarawak yang juga dikenali sebagai 'Crocs' dan terkenal dengan 'Ngap Sayot' dijangka mengambil bekas pemain kebangsaan Jerman dan bekas pemain pertahanan Bayern Leverkusen, Manuel Friedrich, 34, untuk sesi ujian.

Sarawak, yang tewas kepada Pahang dalam perlawanan separuh akhir Piala Malaysia musim ini, juga dijangka menguji lapan lagi pemain kelab tempatan.

Antara pemain yang menjalani sesi ujian sejak semalam Mohd Rashid Aya, 22, (Johor), Mohd Fadzley Abdul Rahim, 26, (Pos Malaysia), Mohd Lot Abu Hassan, 29, Reeshafiq Alwi, 31, (PKNS Selangor).

Turut mencuba nasib tiga pemain negeri yang bermain di liga tempatan, Paul Sambang (SEG FC), Morris Jagan (Marr SC Akjaemura) dan Florian Rison Laes (pasukan Piala Presiden Sarawak).

Ketua Jurulatih Sarawak Robert Alberts berkata pemain lain yang sepatutnya menyertai sesi itu pemain Perak S. Chanturu tetapi tidak dapat menghadirinya kerana sibuk membuat persiapan menyambut Hari Deepavali Sabtu ini.

"Minggu ini, semua lapan pemain itu akan menjalani pemeriksaan kesihatan dan latihan dengan pasukan Sarawak.

"Pada Ahad ini pengurusan Sarawak akan mengadakan perbincangan serta membuat keputusan dan pada Isnin mengadakan sidang media mengumumkan senarai pemain yang terpilih," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada sesi latihan pasukan itu di sini, Rabu.

Apabila ditanya sama ada kehadiran Friedrich akan memberi ancaman kepada pemain asing lain, Alberts berkata pemilihan berdasarkan keperluan pasukan serta sama ada pemain import baharu bermain lebih menonjol daripada pemain yang ada.

Sarawak kini mempunyai dua pemain import, penyerang Muamer Salibasic dan pertahanan Guy Bwele. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan